Dendam Manisa (TV9) | Sinopsis Telefilem

Dendam Manisa (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Dendam Manisa
Produksi : Asia Era Film Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Jumal Yunus
Siaran : TV9
Tayangan Asal : 27 Februari 2016
Pelakon : Siti Elizad, Fattah Amin, Puteri Balqis, Jalaluddin Hassan, Dian P Ramlee, Norlia Ghani, Jasmin Hamid, Delimawati, Nisha Dirr

Saksikan telefilem Dendam Manisa lakonan Fattah Amin dan Siti Elizad yang ditayangkan semula pada hari jumaat, jam 8.30 malam di TV9.

Dendam Manisa (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Dendam Manisa

Mengisahkan Manisa yang melalui kesusahan hidup perlu mencari pekerjaan menyara dirinya dan neneknya yang sakit. Manisa bekerja di rumah Tuan Omar sebagai pembantu rumah dan bertuah kerana majikannya melayannya dengan baik. Namun, isteri Tuan Omar iaitu Puan Maria mula cemburu melihat Manisa rapat dengan suaminya.

Tidak lama kemudian, Rosman yang merupakan anak Tuan Omar dan Puan Maria kembali ke Malaysia semakin rapat dengan Manisa. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Apabila Manisa mengandung, Rosman tidak senang duduk dan mula berubah perangai tidak mahu bertanggungjawab.

Manisa kemudiannya melahirkan anak dan menyerahkan anaknya kepada sebuah rumah kebajikan dengan harapan kebajikannya anaknya akan terjaga. Namun, dia terkejut apabila mengetahui anaknya diserahkan kepada keluarga angkat tanpa persetujuan darinya.

Selepas segala keperitan yang berlaku dalam hidupnya, Manisa mahu membalas dendam kepada Rosman dan keluarganya. Adakah dendam Manisa akan terbalas?

Post a Comment

0 Comments