Ara (TV3) | Review Telefilem

Ara (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Ara
Produksi : Padi Picture Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Siaran : TV3
Tayangan : 26 Mei 2020
Pelakon : Mimi Lana, Adam Lee, Hafidz Roshdi, Ruhanies, Aida Aris, Josiah Hogan, Fatin Afifah

SINOPSIS:
Ara merupakan personaliti TV dibawa kekasihnya Arman bertemu bakal mertuanya, Pn Adibah. Kewujudan anak kecil di rumah Ara bernama Mila membuka peluang kepada Raudah

Ara (TV3) | Review Telefilem

Mengisahkan Ara lakonan Mimi Lana seorang personaliti TV sebuah program terkenal bercinta dengan Arman (Adam Lee) dan selepas setahun mereka bercinta, Ara bertemu dengan ibu Arman iaitu Puan Adibah (Aida Aris).

Pada mulanya, Puan Adibah senang menerima kehadiran Ara sebagai teman istimewa anaknya walaupun dia mengetahui latar belakang Ara kurang jelas dan dibesarkan di rumah anak yatim.

Puan Adibah mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Raudhah (Ruhanies) yang kebetulan pernah membuat  latihan praktikal di tempat Ara. Jadi, Puan Adibah mengetahui lebih mengenai Ara melalui Raudhah. 

Malangnya Raudhah membuat cerita buruk mengenai Ara sehingga Arman dan Puan Adibah percaya dengan cerita yang dibawa Raudhah padahal Raudhah bukan kenalan rapat Ara.

Ara (TV3) | Review Telefilem

Kehidupan Ara juga diuji dengan fitnah yang dibuat oleh Raudhah. Arman dan Puan Adibab tidak dapat menerima Ara malah siap menghina lagi. Bukan itu sahaja, Wartawan dan netizen juga turut mengecam Ara dan kerana gosip tersebut juga, Ara telah ditukarkan dari pengacara utama kini menjadi wartawan lokasi.

agak annoying dan geram juga dengan perangai manusia dalam cerita ni yang terlalu cepat menghukum tanpa memberi peluang kepada Ara untuk menjelaskan perkara sebenar. 

tapi apa yang berlaku ada hikmah juga sebab selepas kejadian tersebut, Ara berazam mahu berubah menjadi lebih baik tapi bukan mudah juga sebab masih ada lagi manusia yang memandang serong pada Ara walaupun dia sudah berhijab.

Ara (TV3) | Review Telefilem

Suatu hari, Ara mendapat peluang untuk menemu ramah seorang pendakwah bebas Taufik (Hafidz Roshdi) yang pada mulanya Ara tidak berkenan dengan attitude Taufik sebab Taufik selalu mengelak dari interview, lepas tu bila bercakap pun langsung tak pandang muka perempuan.

tapi kemudiannya Ara tersedar yang dirinya tak suka dengan sikap suka melabel ada judge orang sesuka hati tapi dia buat benda tersebut pada Taufik tanpa mengenali diri Taufik yang sebenar. so dari situ Ara belajar untuk menjadi lebih baik, daripada Taufik juga Ara dapat belajar lebih banyak perkara. 

Telefilem Ara bukan sebuah kisah cinta tapi jalan ceritanya sangat menarik untuk ditonton dan penuh pengajaran. walaupun Ara diuji dengan banyak benda tapi kalau kita bersabar dan berserah kepada Allah, pasti segala urusan kita akan dipermudahkan-Nya. orang yg kuat juga ialah orang yg dapat menguasai dirinya ketika marah. nice ending walaupun nampak simple sangat.

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments