Review Movie | Ada Hantu 2 (Disney + Hotstar)

Review Movie | Ada Hantu 2 (Disney + Hotstar)

Filem : Ada Hantu 2
Produksi : ACT 2 Pictures
Pengarah : Hairul Azreen
Penulis Skrip : Adrian Teh, Amar Amir
Siaran : Disney+Hotstar
Tayangan : 15 September 2022
Durasi : 103 minit
Genre : Seram, Komedi
Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Rubina Rubi, Fify Azmi, Sophia Albarakbah, Theebaan G, Henley Hii, Nelissa Nizam

SINOPSIS:
Lima rakan, Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha kembali ke banglo lama milik arwah nenek Bariah dan mereka dalam misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah. Kumpulan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah.

Review Movie | Ada Hantu 2 (Disney + Hotstar)

Kesinambungan dari filem Ada Hantu, Ada Hantu 2 mengisahkan Aliff (Zahiril Adzim) seorang youtuber sepenuh masa menghadapi masalah kewangan apabila video yang dihasilnya tidak mendapat view yang tinggi seperti video Ada Hantu yang viral sebelum ini.

Setelah mendengar cerita mimpi seram Bariah (Shiqin Kamal), Aliff merayu kepada Bariah, Talha (Hairul Azreen), Jimmy (Nafiez Zaidi) dan Shasha (Elvina Chua) untuk kembali semula ke rumah nenek Bariah untuk mencari hantu dan pintu bilik misteri seperti yang muncul dalam mimpi Bariah. Mereka berempat terpaksa bersetuju apabila melihat Aliff begitu terdesak.

Review Movie | Ada Hantu 2 (Disney + Hotstar)

Kedatangan Aliff dan rakan-rakannya ke rumah tersebut pada kali ini lebih bersedia apabila mereka mencari hantu dengan membuat live streaming. Namun mereka dikejutkan dengan tetamu yang tidak diundang di rumah tersebut iaitu Hana (Rubini Rubi) yang datang ke situ untuk membuat content selepas menonton video Aliff sebelum ini.

Bariah, Talha, Jimmy dan Shasha mahu mengajak Hana join live streaming mereka tapi Aliff tidak bersetuju dan menghalau Hana dari situ. Selepas Hana beredar, mereka jumpa banyak benda pelik di dalam rumah tersebut dan keadaan mula bertukar menjadi kelam kabut. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Review Movie | Ada Hantu 2 (Disney + Hotstar)

ok first, bagi aku benda yang tak best pada pertengahan movie ni bila mereka tunjuk apa yang terjadi di sebalik live streaming tersebut. Actually part tu menghiburkan tapi disebabkan dragging lama sangat aku jadi bosan dan agak hambar.

tapi permulaan cerita dan penghujungnya memang terbaik. walaupun dah boleh teka yang ini pun sebenarnya plan mereka macam filem pertama tapi ada twist yang menarik. kalau permulaan ceritanya agak seram dan kelakar tapi dia punya ending terus jadi seram dan misteri, memang terbaik.

walaupun ada kelemahan tapi secara keseluruhan filem Ada Hantu 2 sebuah sekuel yang menarik dan menghiburkan untuk ditonton ditambah pula dengan lakonan yang mantap daripada kesemua barisan pelakonnya.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments