Jika Masih Ada Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Jika Masih Ada Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Jika Masih Ada Rindu
Produksi : FJ Pictures
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Shida Zali, Ema Shamsuri, Jay Ishak
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 19 Disember 2018
Episod : 15
Pelakon : Siti Saleha, Kamal Adli, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh

Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu

Hisham (Kamal Adli) dan Wahida (Siti Saleha) berkahwin atas dasar cinta. Namun kerana kesibukan Wahida membesarkan anak mereka, Qistina dan menguruskan ibunya yang sakit menyebabkan Hisham berasa terabai dan curang dengan wanita lain.  Perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian.

Tidak lama kemudian, Hisham terlibat dalam kemalangan sehingga mengalami amnesia. Hisham hanya mempunyai memori tiga tahun yang lepas sebelum kemalangan iaitu ketika dia dan Wahida sedang bahagia dengan perkahwinan mereka.

Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud) memujuk Wahida untuk berlakon sebagai suami isteri walaupun Wahida dan anaknya tidak lagi mempunyai ikatan perkahwinan. Wahida akhirnya bersetuju dan mengambil peluang ini untuk membalas dendam pada Hisham kerana cintanya kini sudah hilang dan hanya tinggal kebencian buat Hisham.

Apakah yang akan berlaku apabila Hisham mendapat kembali ingatannya?

Post a Comment

1 Comments

  1. dah tengok! geram pulak laki tu hilang ingatan astu benci kat ida..haha

    ReplyDelete