Bidadari Salju (TV3) | Sinopsis Drama

Bidadari Salju (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Bidadari Salju
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Siaran : TV3/TV9
Tayangan Asal : 15 Disember 2020
Episod : 28
OST/ Lagu Tema : Haqiem Rusli - Mimi
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Nazrief Nazri, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan, Jaja Iliyeas

Sinopsis Drama Bidadari Salju

Diadaptasi dari novel karya Mia Kiff, Bidadari Salju mengisahkan Kayra (Sweet Qismina) yang menjadi mangsa buli Hariz (Adam Lee) dan rakan-rakannya kerana paras rupanya dan berasal dari keluarga miskin.

Perbuatan Hariz semakin melampau apabila menyebarkan fitnah kononnya Kayra menjual tubuh badan untuk mencari pendapatan sampingan dan hal ini menyebabkan Kayra dipukul oleh bapanya. Kemuncaknya Kayra tidak dapat bersabar lagi lalu bangkit melawan Hariz, Kayra berjanji tidak akan melupakan perbuatan Hariz yang mencaci dan menghina dirinya.

Selepas enam tahun, Kayra berjaya menamatkan pengajian dan sibuk mencari perkerjaan. Dalam masa yang sama, Kyra pulang untuk menghadiri menghadiri majlis pertunangan kawan baiknya, Diana (Chacha Maembong).  Kehidupan Kayra sekeluarga berubah setelah ibunya berjaya menuntut harta pusaka miliknya. Walaubagaimanapun Kayra mahu berjaya dalam kerjaya dan mencapai impiannya dan malas memikirkan soal jodoh.

Namun jodoh dan pertemuan di tangan tuhan, Kayra dan Hariz disatukan sebagai suami isteri, Perkahwinan mereka diuji dengan kehadiran Jeanny (Jasmine Suraya) yang merupakan sepupu Hariz.

Post a Comment

0 Comments