Akira Khan (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Akira Khan (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Akira Khan
Produksi : SR One
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohamad
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 18 Januari 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 26
OST/Lagu Tema : Akira (Ezad Lazim & Salma Asis)

Saksikan drama Akira Khan lakonan Uqasha Senrose dan Kamal Adli bermula 18 Januari ini pada setiap hari isnin hingga khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria.

Drama adaptasi novel terlaris karya Ammara Ayyash ini menampilkan percintaan sejauh 4, 518 kilometer di antara dua keturunan dan budaya yang berbeza yakni Melayu dan Pakistan yang bakal menjadi keterujaan ramai peminat.


Akira Khan (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Akira Khan

  • Uqasha Senrose sebagai Akira Khan
  • Kamal Adli sebagai Radin
  • Julia Farhana Marin sebagai Liyana
  • Esma Daniel sebagai Kamarul
  • Datin Maria Farida sebagai Fareedah
  • Idzham Ismail sebagai Joe
  • Irfan Zaini sebagai Zafar
  • Saidah Kamarudin sebagai Faten



Sinopsis Drama Akira Khan

Akira merupakan seorang gadis berkacukan Pakistan-Melayu. Pada suatu hari, dia dan keluarganya datang ke Terengganu untuk meraikan majlis pertunangan sepupunya. Di majlis itu, Akira berkenalan dengan seorang lelaki bernama Radin dan jatuh cinta kepadanya walaupun sudah mempunyai calon yang dipilih oleh ibunya iaitu Zafar. Akira menganggap Zafar sebagai abangnya, namun dia akur dengan arahan ibunya kerana dia tahu bahawa Radin juga sudah mempunyai kekasih bernama Liyana.

Ketika Radin berasa kecewa kerana cintanya didustakan, Akira mengajak Radin bersiar-siar di pantai. Apabila cuaca berubah menjadi buruk, mereka lari berteduh dan terperangkap di sebuah rumah usang. Akibat terpedaya dengan bisikan syaitan, mereka tewas dengan nafsu sehingga mereka terlanjur. Atas rasa bertanggungjawab, Radin ingin menikahi Akira kerana tidak mahu perkara yang buruk berlaku. Akira bersetuju untuk berkahwin tetapi dengan syarat perkahwinan itu dirahsiakan daripada keluarga masing-masing.

Liyana yang masih sayangkan Radin datang kembali untuk meraih cintanya. Namun Radin hanya mencintai Akira. Ketika perasaan cinta itu baru sahaja berputik, Akira perlu pulang ke Hunza, Pakistan kerana datuknya meninggal dunia. Radin berjanji kepada Akira untuk datang ke Hunza dan berterus-terang kepada keluarganya. 

Namun sebelum dia pergi ke Hunza, Radin ditimpa kemalangan dan hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan tidak dapat menghubungi Radin dan sangka Radin sudah melupakan hubungan mereka dan kembali kepada Liyana. Akira kembali ke Malaysia untuk mencari Radin, namun mendapat tahu bahawa Radin sudah tidak mengenalinya. 

Pelbagai dugaan terpaksa dilalui oleh mereka dalam hubungan ini. Namun dengan kesabaran Akira, akhirnya ingatan Radin pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?

Post a Comment

0 Comments