Rumah Siti Khadijah (TV3) | Sinopsis Drama

Rumah Siti Khadijah (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Rumah Siti Khadijah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3/WeTV
Tayangan Asal : 10 September 2019
Episod : 13
Pelakon : Farahdhiya, Faezah Elai, Nina Iskandar, Intan Ladyana, Sherry Al-Jefri, Azhan Rani

Rumah Siti Khadijah (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah

Rumah Siti Khadijah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan ditubuhkan oleh Sakinah (Farahdhiya) selepas pemiliknya menyerahkan segala hartanya kepada Sakinah.

Sakinah dibantu oleh Amira (Faezah Elai), Zara (Intan Ladyana) dan Fika (Nina Iskandar) untuk membantu hal ehwal dan kebajikan penghuni di situ. Mereka juga mempunyai masa silam tersendiri dan berubah setelah bertemu dan diselamatkan oleh Sakinah.

Amira telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan seorang ustaz yang mengamalkan ajaran sesat di mana dia akan dijadikan isteri yang kelima. Zara pula menghadapi masalah keluarga apabila kedua-dua ibu bapanya sering bergaduh. Zara melarikan diri dari rumah dan terlanjur. Manakala Fika pula telah diperkosa oleh pakcik yang memeliharanya setelah kematian ibu bapanya.

Setiap episod dalam Rumah Siti Khadijah mempunyai kisah tersendiri yang menjadi cabaran buat gadis muda zaman sekarang. Sebuah drama yang penuh pengajaran.

Post a Comment

0 Comments