Review Drama | Gunting The Series (Astro)

Review Drama | Gunting The Series (Astro)

Drama : Gunting The Series
Produksi : Papahan Films
Pengarah : M. Raihan Halim
Siaran : Mediacorp Singapura, Astro Ria
Tayangan : 15 Jun 2018
Episod : 10
Durasi : 25 minit
Pelakon : Taufik Batisah, Hisyam Hamid, Najib Soiman, Jasmi Ahmad, Shane Mardjuki, Fir Rahman, J.A Halim, Adlina Adil, Yuslina Yusof, Sheiryn Aisiqa, Day Cutiongco, Rahimah Rahim

Review Drama | Gunting The Series (Astro)

Gunting sebuah telefilem dari Singapura yang ditayangkan pada tahun 2017 sebelum diterbitkan dalam drama bersiri kerana sambutan penonton. Dalam telefilem Gunting, Taufik yang bekerja sebagai hair stylist di Los Angeles kembali ke Singapura untuk menjada bapanya.

Dalam masa yang sama Taufik berpakat dengan kawan baiknya, Hisyam membuka sebuah kedai rambut yang diberi nama Solihin & Son Barber

So konflik dalam telefilem antara Taufik dengan bapanya, Solihin yang mahu anaknya menjadi engineer tapi Taufik memilih mengikut jejak langkah bapanya yang juga seorang tukang gunting rambut.

Review Drama | Gunting The Series (Astro)

Dalam Gunting The Series, hubungan Taufik dan ayahnya sudah baik dan Solihin & Son Barber mendapat sambutan dari orang ramai. Mereka mempunyai produk tersendiri dan mereka mengunakan sistem digital seperti cashless payment dan booking system dalam perniagaan mereka. 

Manakala Zikri seorang tukang gunting rambut yang menyambung legasi kedai arwah bapanya kini berdepan dengan masalah membayar sewa kedai yang tertunggak kerana pelanggannya semakin berkurang. Masalahnya Zikri masih selesa dengan cara lama dan tak nak ikut arus kemodenan yang disaran oleh kerajaan.

Suatu hari, kedai Taufik disabotaj dan menuduh Zikri kerana adik perempuan Zikri berkawan rapat dengan Hisyam. Hakikatnya Taufik bersalah kerana menuduh tanpa usul periksa dan cuba meminta maaf tapi Zikri menolak dan  mencabar Taufik untuk masuk satu pertandingan gunting rambut.

Review Drama | Gunting The Series (Astro)

Dalam masa yang sama juga, Taufik dan Adi membuat keputusan untuk berkahwin dan banyak persiapan yang perlu dilakukan oleh mereka. Berlaku konflik antara mereka apabila Adi mahu membeli rumah flat sesuai dengan bajet mereka tapi Taufik pula mahu membeli kondo.

kalau dalam telemovie, watak Taufik cool dan rileks je tapi dalam drama perangai dia macam annoying sikit pastu macam Adi pula yang beria nak kahwin tapi dia sibuk dengan hal lain.

Review Drama | Gunting The Series (Astro)

jalan cerita telefilem Gunting sangat menarik dan best tapi bila masuk drama, plot dia agak simple tapi macam bosan sikit sebab banyak iklan. memandangkan drama bersiri ini projek kerjasama dengan kerajaan Singapura banyaklah program  dan propaganda kerajaan yang diselitkan dalam setiap episod.

so dalam 20 minit setiap episod agak terhad juga untuk kembangkan plot yang ada. objekti drama ni nak beritahu kalau diorang ikut saranan kerajaan makanya akan berjaya macam Taufik kalau tidak jadilah macam Zikri.

Post a Comment

0 Comments