Portal (TV2) | Sinopsis Telefilem

Portal (TV2) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Portal
Produksi : Imagine Nation Films
Pengarah : Zafryn Zainal Abidin
Penulis Skrip : Zafeilum Baginda
Siaran : TV2
Tayangan : 28 Disember 2022
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Qistina Raisah, Zali Rusli, Airil Azimi, Kaw Qing Wei, Putra Amaris, Aleeza Shada, Zamarul Hisham

Saksikan telefilem Portal lakonan Qistina Raisah, Zali Rusli, Airil Azimi dan Kaw Qing Wei pada hari rabu ini, jam 9.00 malam di TV2.


Portal (TV2) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Portal

Sufian dan Albert dijemput bercuti bersama keluarga Anis di rumah pantai mereka. Percutian mereka bermula dengan baik dan penuh dengan kegembiraan. Tetapi, pada malam itu, perhatian mereka ditarik oleh satu cahaya yang berkelip-kelip di hutan berdekatan rumah percutian. 

Mereka bertiga, termasuk Laila pergi menyiasat sumber kerlipan lampu tersebut. Pada mulanya mereka tidak menjumpai apa-apa yang luar biasa dan mereka berpatah balik, namun mereka dikejutkan dengan satu cahaya yang sangat terang apabila mereka semua menoleh kebelakang. 

Kelihatan satu PORTAL terbuka luas. Mereka memberanikan diri dan melangkah masuk ke dalam PORTAL tersebut.

Post a Comment

1 Comments