Gerimis Hati Asyikin (TV3) | Sinopsis Telefilem

Gerimis Hati Asyikin (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Gerimis Hati Asyikin
Produksi : Al Hidayah Productions
Pengarah : Bahri Umararif Bajuri
Penulis Skrip : Shahrizad Shafian
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 13 Ogos 2016
Pelakon : Ashraf Muslim, Wawa Zainal, Zarina Zainoordin, Ruzana Ibrahim, Muhammad Ammar, Noryati Taib, Shahrul Anwar, Ainin Batrisya

Gerimis Hati Asyikin (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Gerimis Hati Asyikin

Asyikin dan Zamri merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai dua anak yang masih kecil. Asyikin berkerja sebagai pembantu farmasi berdekatan kawasan perumahan mereka manakala Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa.

Ujian melanda rumah tangga mereka apabila Zamri ditimpa kemalangan jalan raya dan terpaksa bercuti tanpa gaji. Asyikin risau dengan kos sara hidup keluarga mereka ditambah pula dia sarat mengandung anak ketiga. Asyikin membuat keputusan untuk pulang ke kampung sehingga selamat melahirkan anak.

Ashikin bertemu semula sahabat lamanya, Manja di kampung. Selepas kelahiran bayinya, Ashikin menyerahkan bayinya kepada Manja untuk dijaga sementara waktu kerana dia perlu menguruskan kehidupannya di Kuala Lumpur dan mencari penjaga baru di sana kelak. 

Namun keadaan menjadi semakin sulit apabila Manja dan bayi Asyikin hilang tanpa dijejak rupa-rupanya Manja terlibat dalam sindiket penjualan bayi. Zamri kesal dengan sikap Asyikin yang membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan dirinya.

Post a Comment

0 Comments