Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

Title : Demon Slayer : Kimetsu No Yaiba
Producer : Hikaru Kondo
Director : Haruo Sotozaki
Network : Netflix
Release Date : 6 April 2019
Episodes : 26
Duration : 22 minutes
Genre : Fantasy, Thriller, Action, Adventure

SINOPSIS:
A family is attacked by demons and only two members survive - Tanjiro and his sister Nezuko, who is turning into a demon slowly. Tanjiro sets out to become a demon slayer to avenge his family and cure his sister.

Dah lama nak tengok Demon Slayer since ramai yang review positif tapi itulah, sis ni kalau anime yang famous ni agak lambat sikit, macam Naruto dan Bleach dulu pun dah beratus episod baru nak start tengok alasannya sebab malas nak download. tapi sekarang ni buka je mana-mana platform streaming dah banyak anime tersedia untuk ditonton.

Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

Demon Slayer mengisahkan Tanjiro Kamado yang membuat keputusan untuk menjadi pembunuh puaka (Demon Slayer) selepas keluarganya dibunuh oleh demon. hanya adik perempuannya, Nezuko masih hidup tapi telah bertukar menjadi demon.

Atas saranan Tomioka Giyu, Tanjiro pergi ke Gunung Sagiri untuk berguru dengan Urokodaki Sakonji. Selepas latihan berat selama dua tahun baru Tanjiro dapat kebenaran daripada tok gurunya untuk masuk Final Selection seterusnya berjaya diserap masuk dalam Demon Slayer Corp.

Sebagai Demon Slayer, mereka akan diberi uniform khas dan pedang yang ditempa khas untuk membunuh demon. setiap tugasan akan disampaikan oleh burung gagak yang menjadi penghubung antara organisasi dengan ahlinya. sejak itu bermulalah penggembaraan Tanjiro sebagai Demon Slayer.

Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

Demon adalah makhluk berbahaya yang memakan manusia untuk terus hidup dan menjadi kuat, mereka hanya boleh dibunuh dengan cahaya matahari atau pedang yang digunakan oleh demon slayer. 

tapi dalam kes Nezuko agak rare dan special sebab Nezuko tak makan manusia dan akan protect manusia seperti keluarganya sendiri. Nezuko akan tidur untuk charge semula tenaganya. Tanjiro membawa Nezuko bersamanya dalam kotak yang dibuat khas oleh tok gurunya supaya terselamat dari cahaya matahari.

Misi Tanjiro adalah membunuh demon bagi menyelamatkan manusia dari terus menjadi mangsa mereka. Selain itu, dia mahu mencari Kibutsuji Muzan untuk mengetahui cara memulihkan Nezuko menjadi manusia semula.

Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

Kibutsuji Muzan adalah ketua demon macam pengasas juga so dia punya kuasa lagi kuat dan hebat. Muzan akan menggunakan demon tertentu untuk berkhidmat di bawahnya. mereka ni dapat minum darah Muzan sebab darah dia special dan boleh buat demon tu lagi power.

Dalam Demon Slayer Corp cuma Tanjiro sahaja yang pernah terserempak dengan Muzan sebab Tanjiro ada deria bau yang special membolehkan dia bezakan setiap demon dan kuasa mereka.

Misi Kibutsuji Muzan untuk menghapuskan pasukan elit dalam Demon Slayer Corp. Selepas bertemu dengan Tanjiro, dia rasa tergugat lagi pula Nezuko jadi demon yang lain dari yang lain. makanya, Muzan mengarahkan orang bawahannnya untuk membunuh Tanjiro, siapa yang gagal akan dihapuskan oleh Muzan.

Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

Dalam penggembaraannya, Tanjiro bertemu dengan Zenitsu Agatsuma dan Inosuke Hashibira yang juga demon slayer satu batch dengan dia. mula-mula tak berapa suka sangat watak dua ni tapi best juga tengok watak ni berkembang.

Macam Zenitsu nampak penakut dan kalau jadi apa-apa dialah orang pertama yang lari dulu tapi Zenitsu ni ada split personality cuma dia sendiri belum sedar yang dirinya sebenar sangat kuat dan boleh kalahkan musuh.

Mereka bertiga kemudiannya menjadi rapat dan menjalankan misi yang diberikan bersama-sama.

Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

Demon Slayer Corp sebuah organisasi yang sudah lama ditubuhkan untuk membunuh demon yang menghuru-harakan kehidupan manusia. jumlah ahlinya tidak diketahui dan identiti ketua mereka juga sangat misteri. 

Hashira adalah pasukan elit dalam organisasi Demon Slayer, mereka bekerja directly di bawah arahan ketua. bila sampai episod Hashira muncul memang best tengok diorang berlawan walaupun musim pertama ni cuma dapat tengok Giyu dan Kanao sahaja yang beraksi.

berlaku konflik dalam Hashira apabila ada kalangan mereka tidak dapat menerima Nezuko yang bertentangan dengan prinsip mereka iaitu demon seharusnya dibunuh. Apakah nasib Tanjiro Kamado sebagai demon slayer dan Nezuko?

Review Anime | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Season 1)

plot dan jalan cerita Demon Slayer sangat menarik, best tengok watak dia berkembang dengan baik sekali. lagu tema dan muzik latar dia pun sedap dan kena dengan mood cerita pastu dia punya graphic sangat cantik.

bagi aku yang best pasal Demon Slayer ni bila tengok bonding family Tanjiro. walaupun ada masanya Tanjiro hampir nak berputus asa tapi bila ingatkan keluarganya dan perlu protect Nezuko, hal ini yang membuatkan dia bangkit dan terus berlatih untuk menjadi lebih kuat. 

ada episod yang dia mention pasal family memang sis pun jadi emosional sekali, layan anime pun boleh nangis tau..haha. sebenarnya banyak nilai dan pengajaran dalam Demon Slayer yang cuba disampaikan kepada penonton.

Post a Comment

0 Comments