Alice In Borderland Season 2 (Netflix) | Review Drama

Alice In Borderland Season 2 (Netflix) | Review Japanese Drama

Title : Imawa no Kuni no Alice 2
Another Title : Alice in Borderland 2
Director : Sato Shinsuke
Screenwriter : Sato Shinsuke, Kuramitsu Yasuko
Network : Netflix
Release Date : 22 December 2022
Episodes : 8
Duration : 60 minutes
Genre : Action, Thriller, Mystery, Psychological
Cast : Yamazaki Kento, Tsuchiya Tao, Murakami Nijiro, Asahina Aya, Miyoshi Ayaka, Naka Riisa, Sakurada Dori, Watanabe Yutaro, Aoyagi Sho, Yamashita Tomohisa, Tsunematsu Yuri, Maiguma Katsuya

SYNOPSIS:
Arisu Ryohei and Usagi Yuzuha have been pursuing the mystery of “borderland”, risking their lives in games in order to survive and return to their world. The two of them encounter friends, foes and the mastermind who controls the game at a location believed to be the key to unravelling the mystery. They have collected the numbered cards each time they won a game. All that remains are the jack, queen and king cards. The games they face this round will be of greater difficulty than the ones that came before.


Dalam musim pertama semua kad dikumpulkan kecuali King, Queen dan Jack so permainan untuk Alice In Borderland musim kedua lebih susah dan mencabar buat Arisu dan rakan-rakannya. Adakah mereka dapat keluar dari dunia ini?

Alice In Borderland Season 2 (Netflix) | Review Japanese Drama

Arisu (Yamazaki Kento), Usagi (Tsuchiya Tao), Chishiya (Murakami Nijiro) dan Kuina (Asahina Aya) decide untuk join seterusnya tapi tiada tanda-tanda game akan dimulakan selepas sejam menunggu. Mereka dikejutkan dengan kemunculan King of Spade yang melepaskan tembakan secara rambang dan membunuh siapa sahaja yang dilihatnya.

Masing-masing bingung sebab tiada pendaftaran dan penjelasan mengenai game ini. Arisu membuat keputusan untuk lari jauh dari kawasan King of Spade dan join game yang lain dulu sebab spade ni boss paling tough dan sukar dikalahkan.

Setiap kali Arisu dapat kalahkan King dan Queen ni, mesti dia akan tanya mereka sebab nak tahu pasal dimensi ini dan sama ada dapat keluar atau terus terperangkap selepas habiskan semua game yang ada.

Alice In Borderland Season 2 (Netflix) | Review Japanese Drama

Plot dan jalan cerita untuk musim kedua sangat menarik yang mana banyak menguji kepercayaan, kesetiaan, persahabatan dan kekuatan mental antara mereka semua.

actually ramai juga orang yang terperangkap di sini sudah berputus asa bila tak jumpa jalan keluar. ada yang mahu terus berada di situ sebab merasakan dunia tersebut lebih baik dari dunia asal mereka. pendek cakap masing-masing ada dilema dan konflik dalaman masing-masing.

Arisu pun ada konflik tersendiri bila dia masih lagi rasa bersalah dengan kematian kawan baiknya dan mencari tujuan hidupnya. tapi bila ada yang sanggup berkorban untuk yang lain teruskan hidup buat Arisu sedar yang dia kena fight sampai game terakhir dan bawa semua orang keluar dari dunia tersebut.

Alice In Borderland Season 2 (Netflix) | Review Japanese Drama

banyak watak dari musim pertama dikekalkan dan yang best bila tengok watak ni develop dengan baik sekali dalam musim kedua. ada flashback juga untuk kita tahu kisah di sebalik watak tersebut.

Chishiya ni my favourite dalam musim kedua sebab game yang dia join semuanya kena fight seorang diri disebabkan terpisah dari Arisu dan yang lain. watak dia paling cool dan rileks sekali, walaupun hampir dikalahkan tapi dia pandai psikokan lawan dia. Usagi pun sangat strong ada satu game tu best bila tengok dia jadi ace dan control game.

seriusly banyak watak yang best dan menarik dalam musim ni macam Kuina, Ann, Akane dan Aguni. best bila tengok mereka bersatu hati dan bekerjasama untuk kalahkan musuh.

Alice In Borderland Season 2 (Netflix) | Review Japanese Drama

Semua persoalan dalam Alice In Borderland akan terjawab dalam episod terakhir, macam mana mereka semua terperangkap dan adakah mereka akan keluar dari dunia tersebut. puas hati dengan ending dia walaupun kena tunggu sampai dua tahun untuk menjawab misteri ni.

so overall, Alice In Borderland Season 2 memang terbaik dan mantap dari segi jalan cerita, plot, cgi visual dan cinematography. siapa yang dah tengok musim pertama wajib sambung musim kedua pula tapi nak ingatkan drama ni tak sesuai untuk budak bawah umur.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. tak pernah lagi tengok season 1 punya.... macam best macam boleh try

    ReplyDelete