212: The Power of Love (2018) | Review Movie

212: The Power of Love (2018) | Review Movie

Title : 212: The Power of Love
Director : Jastis Arimba
Screenwriter : Jastis Arimba, Ali Eounia
Release Date : 9 May 2018
Duration : 110 minutes
Cast : Fauzi Baadila, Adhin Abdul Hakim, Hamas Syahid, Asma Nadia, Meyda Sefira, Cholidi Asadil. Alam Erick Yusuf, Humaidi Abas, Rony Dozer

SINOPSIS:
A journalist found out that his family would take part in the December 2nd Peace Protest Action in Jakarta also known as 212 Action. He tried to thwart his father's intentions, fearing the action would trigger riots and cause casualties.

212: The Power of Love (2018) | Review Movie

212: The Power of Love mengisahkan Rahmat (Fauzi Baadila) seorang wartawan lulusan Universiti Harvad, hasil tulisannya selalu dikecam dan dikritik hebat kerana berbaur anti-islam. Walaupun dilahirkan dalam keluarga islam dan seorang islam, Rahmat mempunyai ideologi yang islam itu agama radikal dan digunakan sebagai medium politik.

Suatu hari, Rahmat menerima berita kematian ibunya lalu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Ciamis. sebenarnya sudah 10 tahun Rahmat tidak pulang ke kampung kerana mempunyai konflik dengan bapanya, Kiai Zainal (Humaidi Abas).

Rahmat mendapat tahu bapanya akan menyertai Perhimpunan Protest Keamanan yang berlangsung di Jakarta. Rahmat tidak setuju kerana risau perhimpunan tersebut akan diambil kesempatan oleh ahli politik danbertukar menjadi rusuhan. juga risau dengan kesihatan Kiai Zainal kerana jemaah dari Ciamis akan berjalan kaki ke Jakarta sejauh 300km sebagai tanda solidariti mereka.

212: The Power of Love (2018) | Review Movie

Filem ini diinspirasi dari true event, membantah tindakan pengawai kerajaan yang melakukan penindasan agama dan perhimpunan ini diadakan secara aman.

Dalam 212: The Power of Love sebenarnya banyak menekan tentang hubungan kekeluargaan antara anak dan ayah, dan mahu menunjukkan Islam itu adalah agama keamanan dan penuh kasih sayang.

212: The Power of Love (2018) | Review Movie

aku tertengok movie ni di astro dan tertarik dengan kisah kekeluargaan iaitu hubungan anak dan ayah antara Rahmat dengan Kiai Zainal. 

Fauzi Baadila sesuai sekali bawa peranan sebagai Rahmat sebab watak Rahmat ni ala-ala bad boy, waktu kecil jenis yang nakal. orang suruh pergi solat kat masjid, dia pergi bakar mercun sampai terbakar masjid. Abahnya pula mengambil jalan penyelesaian dengan menghantar Rahmat ke pesantren atau sekolah pondok.

Setiap anak ini lain cara pendekatan dan didikannya. Maybe anak-anak lain bila dihantar ke pesantren akan berubah menjadi lebih baik sebaliknya Rahmat pula semakin memberontak. Ditambah pula kesibukan Kiai menghadiri ceramah dan kurang berkomunikasi menyebabkan Rahmat selalu rasa dirinya terpinggir dan dibenci oleh abahnya.

212: The Power of Love (2018) | Review Movie

paling suka sekali scene Adin yang dilakonkan oleh Adhin Abdul Hakim sebab dia punya dialog sangat deep dan sentap sampai aku berdekah gelak setiap kali dengar ayat padu dia bagi kat Rahmat.

Rahmat tak ada kawan disebabkan ramai yang tak suka dengan perwatakan dan ideologi dia tapi Adin sahaja yang boleh bertahan dengan dia walaupun Rahmat sangat sinis dan asyik kutuk penampilan Adin yang berambut panjang dan berjanggut. tapi at least dia tak prejudis dengan agama sendiri macam Rahmat. seriuslah susah sebenarnya nak cari member macam Adin. 

212: The Power of Love (2018) | Review Movie

aku suka jalan cerita dan mesej dakwah yang cuba disampaikan dalam filem 212: The Power of Love yang menunjukkan islam adalah agama yang mencintai keamanan.

suka dengan watak Rahmat ni walaupun ideologi dia berbeza dengan bapanya tapi still anak yang baik dan tetap menjaga ayahnya. aku sebenarnya tak boleh tengok cerita pasal anak dan ayah ni nanti mulalah mata habuk. overall. nice story.

Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments

  1. Indonesia kalau buat movie memang masuk ke jiwa. Apa lagi kalau konflik keluarga. Ada yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Kadang kasih sayang seorang bapa sukar dimengertikan oleh anaknya. Tu yang kadang jadi jarak perhubungan antara anak lelaki dengan bapanya.

    ReplyDelete
  2. ingatkan cerita melayu, Indonesia rupanya. Patutlah pelakon semua tak kenal. Tapi jalan cerita nampak berat

    ReplyDelete
  3. Menarik juga. nak cari lah kot ada di Netflix. Filem-filem Indonesia memang selalu tema berat macam ni

    ReplyDelete