Title : Sinaeha Saree (The Curse of Saree)
Director : Jariwat Uppakharnchaiyaphat
Screenwriter : Wattana Weerayawattana
Network : GMM One
Aired : 2 Feb - 17 March 2022
Episodes : 14
Duration : 1 hour 30 minutes
Genre : Romance, Fantasy, Action
Cast : Baifern Pimchanok, Sean Jindachot, Richy Oranate, Kong Wittaya, Mam Kathaleeya, Lily Pantila, Tom Phollawat, Mai Natha Lloyd, Pym Pympan
Nuannueakaw atau Nuan (Baifern Pimchanok) pergi ke Mantrapura apabila mengetahui adiknya, Ninlapat (Richy Oranate) akan berkahwin dengan putera mahkota negara tersebut.
tapi Nuan tak pernah terfikir dia akan terjebak dengan masalah yang berlaku di Mantrapura sehingga dia menjadi orang penting untuk menyelesaikan teka-teki untuk mencari khazanah negara yang hilang selama 70 tahun.
Bukan itu sahaja, perkahwinan Ninlapat dengan Chaithat (Kong Wittaya) mendapat tentangan dari Queen Sasiprapai yang tidak berkenan orang asing masuk dalam keluarga mereka. Queen Sasiraphai mahu menjodohkan Chaithat dengan Savitri (Lily Panthila).
Setting dan vibe drama ni ala-ala india gitu dan Mantrapura sebuah negara kecil yang terletak di india. semasa Mantrapura dijajah, moyang mereka iaitu Queen Sarita (Pym Pympan) ditangkap tapi sampai kesudah dia tak nak buka mulut tentang khazanah berharga negara mereka. pada masa kini, perkara itu masih menjadi misteri pada kerabat keluarga diraja ini.
Sewaktu first day Nuan sampai di situ, macam-macam perkara pelik jadi kat dia apabila ternampak kelibat seorang wanita. esok paginya bangun dari tidur, ada batu permata kat tangan dia. risau juga dia takut orang tuduh dia mencuri.
Chaithat dan abangnya, Kirij (Sean Jindachot) percaya yang Nuan adalah orang penting yang dipilih Queen Sarita untuk menyelesaikan segala misteri dan mungkin pencarian mereka akan berakhir tidak lama lagi dengan bantuan Nuan.
Kirij merupakan anak sulung raja tapi disebabkan mak dia orang asing, tarafnya tak diiktiraf dalam keluarga diraja. walaupun begitu Kirij sangat rapat dengan Chaithat dan menyokong segala keputusan adiknya sebagai putera mahkota dan Kirij juga seorang doktor yang banyak membantu rakyat yang hidup dalam keadaan daif dan kesusahan.
hubungan Kirij dan Nuan menjadi semakin rapat dan saling jatuh cinta apabila mereka melalui pelbagai cabaran untuk menyelesaikan segala misteri dan mencari khazanah penting mantrapura.
Chaithat dan Ninlapat berkenalan ketika belajar di luar negara. Sebelum pulang, Chaithat sudah mengumumkan pertunangannya sebab tahu bila balik nanti mesti ramai yang akan menghalang hubungan mereka disebabkan Ninlapat bukan gadis Mantrapura.
Ninlapat juga sanggup menempuh segala ranjau dan duri bersama Chaithat walaupun tahu keadaan negara tersebut tidak stabil dan Queen Sasiraphai tak pernah suka pada dirinya.
Keluarga Basudha menjadi berkuasa apabila kekayaan mereka melebihi keluarga diraja sampai boleh beli menteri untuk berpihak pada mereka. Queen Sasiraphai mahu menjodohkan Chaithat dengan Savidtri sebab dia percaya keluarga Basudha akan membantu untuk menaikkan taraf hidup rakyat jelata.
Queen Sasiraphai tak sangka anaknya akan membantah sekerasnya perkara tersebut sampai dia terpaksa buat pertandingan untuk pilih antara dua calon ini yang akan layak menjadi isteri kepada putera mahkota.
Walaupun Savidtri tahu yang Chaithat tak cintakan dia tapi dia ni dah tahap obses untuk jadi bakal permaisuri dan sanggup buat apa sahaja untuk jatuhkan lawannya. tambahan pula bapanya orang kuat belakang dia tak susah Savidtri nak jalankan kerja jahatnya.
King Chainaren (Tom Pollawat) sangat menyokong segala keputusan yang diambil oleh anak-anaknya dan dia tak pernah membantah apabila Chaithat mahu berkahwin dengan Ninlapat. King tak begitu berkenan dengan keluarga Basudha tapi Queen Sasiraphai sangat kamceng dengan keluarga tersebut.
at first watak Queen Sasiraphai agak annoying sebab dia tak pernah setuju dengan keputusan King Chainaren dan Chaithat tapi bila sampai pertengahan boleh nampak perubahan pada Queen Sasiraphai. bila Chaithat beritahu keluarga Basudha yang banyak membawa kesusahkan kepada rakyat mereka baru Queen boleh berfikir dengan bijak dan nampak warna sebenar Savidtri dengan bapanya.
tapi disebabkan dah berjanji tak boleh nak tarik balik so Queen Sasiraphai terpaksa buat pertandingan antara Savidtri dan Ninlapat, dan tetapkan juga perkahwinan akan terjadi apabila pengantin perempuan sediakan mas kahwin yang merupakan khazanah yang hilang. antara keluarga Basudha dan Nuan, siapa yang dapat jumpa dahulu.
selalu drama fantasi thai tak begitu bagus sangat dari segi cgi tapi jalan cerita agak menarik. main cast dia best dan chemistry yang mantap antara Baifern dan Sean. sis suka tengok second hero ni sebab muka dia ada iras-iras Aniq Suhair sikit..hahaha
aku suka misteri dalam drama ni sebab nak tahu juga apa khazanah berharga yang Queen Sarita sembunyikan. dari satu satu hint yang diberi Queen Sarita akhirnya membawa mereka kepada satu saree yang misteri, dari situ mereka kena selesaikan puzzle yang akan membawa mereka kepada penemuan berharga tersebut tapi bukan mudah juga sebab ada pihak lain juga yang mempunyai tujuan yang sama. overall nice story.
Baca juga :
0 Comments