Cerai (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Cerai (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Cerai
Produksi : Heritage Movie
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Idea Asal : Rina Khan
Siaran : Astro Citra
Tayangan Asal : 7 November 2020
Pelakon : Syafiq Kyle, Siti Khadijah Halim, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Aloy Paradoks, Fadhli Masoot, Sri Idrina, Haikal Syauqi

Cerai (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Cerai

Pengalaman berkurung dengan pasangan selama musim PKP memaksa dua pasangan suami isteri menilai semula perkahwinan mereka yang telah disalah ertikan selama ini.

Azim (Syafiq Kyle) dan Farah (Siti Khadijah) merupakan pasangan yang baru berkahwin mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dan berkomunikasi. Apabila terpaksa menghabiskan masa dan bekerja di rumah, mereka sering bertengkar dan Azim buntu untuk memperbetulkan keadaan.

Manakala, Hisham (Adlin Aman Ramli) dan Aishah (Emelda Rosmila) nampak seperti pasangan bahagia. Aishah seorang influencer menggunakan waktu terluang untuk merakamkan aktiviti mereka berdua di rumah dan ramai mencemburui melihat kebahagian mereka berdua.

Post a Comment

0 Comments