Tunggu Dulu Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Tunggu Dulu Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Tunggu Dulu Cinta
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 14 September 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod :
Pelakon : Sarah Hildebrand, Hafreez Adam, Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, dan Amar Asyraf

Saksikan drama Tunggu Dulu Cinta diadaptasi dari novel karya Ayu Emelda yang akan bersiaran setiap hari isnin hingga khamis jam 6.00 petang di slot Widuri TV1 menggantikan drama Dia Bukan Bidadari.


Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta

Kamal dan Aivy setuju berkahwin walaupun mereka tidak menjalinkan hubungan cinta, mereka berjanji untuk bercinta selepas kahwin dan hidup bahagia seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kerana masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya bernama Suraya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu.

Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal meskipun suaminya itu tidak menyedari perasaannya, Aivy tetap bersabar walaupun tahu Kamal masih belum melupakan Suraya.

Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.

Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung. Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?

Post a Comment

0 Comments