Sekali Lagi Cinta Kembali (TV3) | Sinopsis Drama


Drama : Sekali Lagi Cinta Kembali
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : TV3
Tayangan : 13 September 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
OST/Lagu Tema : Hariz Fayahet - Ku Cuba
Pelakon : Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Syamim Farid, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi, Izzendra

Saksikan drama Sekali Lagi Cinta diadaptasi dari novel karya Anna Milia yang ditayangkan mulai 13 September 2022, setiap hari isnin hingga jumaat pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3.


Pelakon & Watak Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

  • Siti Khadijah Halim sebagai Aira
  • Aniq Suhair sebagai Hayyat
  • Zaki Azeman sebagai Zafran
  • Syamim Farid sebagai Elina & Heliza
  • Shatirah Amanda sebagai Hana
  • Ellyas Abdullah sebagai Imran
  • Siti Hariesa sebagai Amirah


Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Aira membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya, Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi. Kerana kesilapan yang dilakukan, Aira terpaksa menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula keluarga Zafran.

Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat, abang kepada Zafran yang tak habis cuba mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta, dalam dia Hayyat jatuh cinta kepada Aira.

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Post a Comment

0 Comments