Omar & Hana Melancarkan My Salah Mat, Sejadah Interaktif Pertama Bagi Pembelajaran Solat yang Menyeronokkan untuk Kanak-Kanak

Omar & Hana Melancarkan My Salah Mat, Sejadah Interaktif Pertama Bagi Pembelajaran Solat yang Menyeronokkan untuk Kanak-Kanak

Animasi Omar & Hana hakcipta bersama Digital Durian Animation dan Astro Malaysia serta kolaborasi bersama My Salah Mat, melancarkan sebuah produk bertujuan untuk membuatkan pembelajaran solat yang lebih mudah dan menyeronokkan bagi kanak-kanak beragama Islam. Pertemuan di London pada tahun 2019 di antara dua pengasas syarikat, Kamal Ali (Pengarah My Salah Mat) dan Sinan Ismail (Ketua Pengarah Eksekutif, Digital Durian Animation) membawa kepada potensi kedua syarikat itu untuk berkolaborasi. Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana cabaran pandemik COVID-19. Pada tahun ini, My Salah Mat Omar & Hana tersedia di pasaran Malaysia dan antarabangsa.

Sejadah ini direka untuk melatih kanak-kanak tentang sebutan yang tepat di dalam solat dengan cara yang lebih menyeronokkan. Dengan menekan butang di sejadah ini, ia akan mengeluarkan audio yang mempunyai informasi tentang waktu solat, cara mengambil wuduk, bacaan surah lazim, doa-doa dan banyak lagi.

Sejadah interaktif Omar & Hana ini berinteraksi dengan menggunakan suara Omar & Hana dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Omar & Hana Melancarkan My Salah Mat, Sejadah Interaktif Pertama Bagi Pembelajaran Solat yang Menyeronokkan untuk Kanak-Kanak


Kamal Ali berkata, “Kami mengalami beberapa kesukaran, antaranya dalam memastikan sejadah ini dapat memberi sebutan Bahasa Arab yang tepat sepertimana rakyat Malaysia membacanya. Secara amnya, praktikal solat semua adalah sama tetapi ia mempunyai sedikit perbezaan.”

“Ini agak memakan masa untuk merakamkan audio sekali lagi bagi memastikan pembelajaran solat ini sempurna bagi kanak-kanak di Malaysia,” tambah beliau.

Istimewanya sejadah ini adalah kerana ia datang bersama buku aktiviti mesra kanak-kanak dan buku manual percuma sebagai panduan kepada ibu bapa tentang proses pembelajaran ini.

“Kami juga ingin memastikan bahawa buku aktiviti dan sejadah ini mempunyai karakter Omar & Hana yang berbahasa Melayu. Kami yakin bahawa kami telah menghasilkan sesuatu yang istimewa buat kanak-kanak di Malaysia.”

Omar & Hana Melancarkan My Salah Mat, Sejadah Interaktif Pertama Bagi Pembelajaran Solat yang Menyeronokkan untuk Kanak-Kanak

Sinan Ismail berkata, “Apabila saya berjumpa dengan Kamal di UK pada 3 tahun yang lalu, saya berasa teruja apabila mengetahui bahawa Kamal menghasilkan sesuatu yang interaktif dan menyeronokkan untuk pembelajaran solat untuk kanak-kanak. Pada saat itu, saya tahu Omar & Hana adalah karakter yang sesuai dan Alhamdulillah, sejadah interaktif Omar & Hana kini sudah berada di pasaran. Kami sangat berharap ibu bapa dan anak-anak akan mendapat kebaikan daripada kolaborasi ini. Kebaikan di dunia dan di akhirat. InshaAllah.”

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan sejadah interaktif ini pada hujung bulan Ogos 2022 ini. Anafiya MY telah dilantik sebagai ejen jualan dan ibu bapa boleh membeli melalui laman web mereka di https://anafiya.my pada harga RM 299.00 (tidak termasuk kos penghantaran).
Untuk maklumat lanjut tentang Omar & Hana, layari media sosial Omar & Hana di Facebook dan Instagram.

Post a Comment

0 Comments