Review Movie | Wedding Season (2022)

Review Movie | Wedding Season (2022)

Title : Wedding Season
Director : Tom Dey
Screenwriter : Shiwani Srivastava
Network : Netflix
Release Date : 4 August 2022
Duration : 1 hour 38 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast :  Pallavi Sharda, Suraj Sharma, Arianna Afsar, Sean Kleier, Veena Sood, Rizwan Manji

SINOSIS:
Pressured by their immigrant parents to find spouses, two Indian-Americans pretend to date in order to survive a summer of weddings but find themselves falling for each other as they struggle to balance who they are with who their parents want them to be.
Gagal dalam hubungan yang lalu, Asha (Pallavi Sharda) mahu fokus sepenuhnya pada kerjaya tapi tipikal mak-mak asian ni nak anaknya berkahwin tambahan pula adik Asha bakal berkahwin tak lama lagi.

Asha setuju pergi ke blind date lepas kena pressure dengan mak dia dan bertemu dengan Ravi (Suraj Sharma). tapi date tersebut gagal sebab mereka tak serius soal jodoh, datang pun sebab kena paksa dengan parent masing-masing.

Waktu summer, banyak perkahwinan saudara yang perlu dihadiri Aisha. dalam masa yang sama dia sibuk dengan proposal untuk tarik pelabur dari luar. Asha bertemu kembali dengan Ravi dalam majlis perkahwinan yang dihadirinya.

Review Movie | Wedding Season (2022)

Biasalah bila pergi majlis kahwin ni mesti ada macik-macik yang tak senang hati tengok kau single dan sibuk nak kenenkan yang calon pilihan dia. Asha malas nak pergi blind date sebab buang masa padahal dia tengah sibuk dengan kerja so dia minta Ravi jadi fake boyfriend dia sampai habis wedding season ni.

pada mulanya hubungan mereka sekadar lakonan tapi Asha dan Ravi kemudiannya saling jatuh cinta. apabila Asha mengetahui rahsia Ravi, mampukah dia menerima lelaki itu sepenuhnya?

sebenarnya rahsia Ravi tak ada dark mana pun cuma aku tak faham kenapa Asha nak marah sangat tuduh Ravi tipu dia. padahal dia ada banyak masa nak selidik pasal Ravi bila spend time pergi majlis kahwin bersama tapi dia pilih untuk sibuk dengan kerja dia. drama lebih perempuan ni pun!

Review Movie | Wedding Season (2022)

sebenarnya Wedding Season tipikal citer romance, konflik pun tak berat sangat. bolehlah nak layan time bosan-bosan. aku layan filem ni sebab suka tengok Ravi plus aku curious dengan rahsia dia..haha overall, nice movie.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments