Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

Title : Wedding Agreement The Series
Director : Archie Hekagery
Screenwriter: Archie Hekagery, Mia Chuz
Network : Disney+Hotstar
Aired : 25 Mac - 27 May 2022
Episodes : 10
Duration : 60 minutes
Cast : Indah Permatasari, Refal Hady, Susan Sameh, Zsazsa Utari, Wafda Saifan, Chantiq Schagerl, Bucek, Unique Priscilla, Mathias Muchus, Cut Mini

Wedding Agreement The Series diadaptasi dari filem Wedding Agreement yang ditayangkan pada tahun 2019 dan masih mengekalkan Indah Permatasari dan Refal Hadi sebagai teraju utama dalam drama bersiri yang ditayangkan di Disney Hotstar.

Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

Wedding Agreement The Series mengisahkan Bian (Refal Hady) dan Tari (Indah Permatasari) yang dijodohkan oleh orang tua mereka tapi selepas pernikahan Tari terkejut apabila Bian menyuruhnya sain perjanjian yang membataskan hubungan mereka suami isteri kerana Bian sudah mempunyai kekasih bernama Sarah (Susan Sameh).

walaupun Bian bersikap dingin, Tari berusaha menjalankan kewajipannya sebagai isteri dan cuba memenangi hati Bian walaupun dalam masa yang sama Tari kecewa apabila Bian masih  berhubungan dengan Sarah.

Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

Parent Bian sebenarnya terhutang budi pada parent tari yang membantu mereka ketika perniagaan mereka hampir muflis jadi mak Bian nak satukan anak-anak mereka bila tengok Bian dan Tari waktu kecil sangat rapat. apabila dewasa masing-masing tak pernah bersua muka.

Bian bercinta dengan Sarah dari zaman universiti, bila bawa Sarah jumpa keluarganya dah tentu mak dia reject sebab dari awal mak Bian nak jodoh Bian dengan orang lain. Bian akhirnya terpaksa terima Tari apabila dapat tahu ibunya menghidap kanser kiranya nak memenuhi permintaan ibunya.

dalam masa yang sama Sarah yang kecewa cuba move on tapi Bian berjanji akan berkahwin dengan Sarah dalam tempoh setahun selepas bercerai nanti. 

Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

drama tentang kahwin kontrak atau kahwin terpaksa bukan something yang fresh, plot dan jalan cerita drama Wedding Agreement tak nampak strong sangat begitu juga dengan wataknya.

Bian bagi aku tak ada pendirian yang kukuh dan cara dia nak selesaikan masalah pun lemah. kenapa sebelum kahwin Bian tak pergi jumpa Tari perjelaskan kedudukan sebenarnya. ini tak ke terkejut Tari tiba-tiba suami bagi surat perjanjian cakap kahwin sebab terpaksa.

bila sedar dah terjatuh cinta dengan isteri sendiri tak nampak usaha keras dia nak selamatkan perkahwinan sebab dalam masa yang sama masih lagi pergi jumpa Sarah. bila Tari nak tuntut cerai, baru gelabah nak pergi cari bini.

Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

dari awal lagi sebenarnya Tari yang cuba selamatkan rumah tangga mereka walaupun adakalanya sakit hati dan kecewa tengok suami sendiri masih lagi tak berubah. kiranya Bian beruntung dapat isteri macam Tari sebab pandai masak dan jaga agama perlahan-lahan juga boleh nampak perubahan Bian dalam menjaga solat.

scene yang aku suka bila Tari tegur tak jalan, last-last pasang ceramah agama bab zina kuat-kuat baru Bian tu tahu sikit mana halal dan haram. owh satu lagi, sis suka tengok Indah Permatasari ni sebab bila dia senyum nampak muka dia ada iras Zara Zya.

tapi aku paling suka kawan baik Tari iaitu Ami (Zsazsa Utari) sebab sejenis kelakar dan sempoi, cara dia bagi nasihat nampak bernas. scene Bian datang merayu kat Ami tu memang kelakar, padan muka kena basuh dengan si Ami.

Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

lima episod pertama, konflik dalam Wedding Agreement The Series lebih terarah pada hubungan Bian-Tari dan Sari. banyak flashback Bian perkenalan dan percintaan dengan Sarah, bagi aku macam tak perlu kot sebab rasa macam sendu dok teringat kisah lalu tu buat apa. penat betul menghadap scene flashback dalam drama ni.

lima episod terakhir pula lebih banyak side story dengan character baru yang muncul macam Ami tiba-tiba muncul lelaki yang nak berkenalan dengannya dan Kinan yang terperangkap dengan lelaki. muncul juga crush Tari zaman universiti dulu. 

still Sarah yang kononnya dah move on decide berkahwin dengan Andi tapi tak tahu kenapa nak cari lagi Bian untuk luah masalah dia. banyak betul masalah si Sarah ni, susah juga bila buat something tak pernah nak ikhlaskan diri.

Review Drama | Wedding Agreement The Series (2022)

actually jalan cerita Wedding Agreement The Series lebih kurang dengan drama Melur Untuk Firdaus. dari segi kualiti dan lakonan, aku lebih suka dengan Wedding Agreement The Series.

walaupun jalan ceritanya agak klise dan sis punya review ni macam banyak complain..haha tapi menarik untuk ditonton waktu santai dan best juga tengok gandingan Indah Permatasari dan Refal Hady. pengakhirannya, happy ending.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Ingatkan Zara Zya dengan Fikri tadi memula. Rupanya, cerita indon..

    ReplyDelete