My Ambulance (TV9) | Sinopsis Drama Thailand

My Ambulance (TV9) | Sinopsis Drama Thailand

Drama : My Ambulance
Siaran : TV9
Mula Tayangan : 3 Ogos 2022
Episod : 16
Masa : Isnin-Khamis | 7.30 Malam

Drama My Ambulance mula ditayangkan di slot Sawadeekap Thai TV9 pada 3 Ogos 2022, menggantikan drama The World Of Himmapan. drama ini pernah ditayangkan di Thailand pada tahun 2019 dengan membawakan genre romantik komedi, fantasi dan perubatan.

My Ambulance menampilkan barisan pelakon popular Thailand seperti Sunny Suwanmethanont, Mai Davika, Sky Wongravee, Kanyawee Songmuan, Bank Thiti dan ramai lagi.


My Ambulance mengisahkan seorang gadis bernama Tantawan (Mai Davika) yang bersedih dengan kematian ibu dan ayahnya kemudian terjatuh dari tebing bukit. Tantawan yang cedera tak mampu bergerak dan cuma boleh berdoa supaya seseorang akan datang menyelamatkannya.

Berlaku satu keajaiban apabila Peng (Sunny) tiba-tiba dapat muncul di tempat Tantawan berada. Dari situ, Peng berazam untuk menjadi seorang doktor supaya dapat menyelamatkan Tantawan sekiranya gadis itu ditimpa kecederaan pada masa hadapan.

Tantawan pula berjanji membalas budi Peng dengan menjaga Peng sebaik mungkin dan mereka menjadi kekasih sejak hari itu.


Selepas 15 tahun, Peng berjaya mencapai impiannya untuk menjadi doktor manakala Tantawan akan menjaga segala kebajikan Peng supaya Peng boleh fokus pada kerjayannya. tapi cinta Peng pada Tantawan mula pudar.

waktu menyambut hari ulangtahun mereka sebagai kekasih, Peng dan Tantawan bergaduh sehingga menyebabkan kereta yang dipandu Peng telah terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawa seorang gadis. Tantawan pula hilang ingatan dan tidak mampu mengingati apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.

tragedi tersebut juga menyebabkan Peng dikecam netizen kerana memandu secara cuai tapi bila Tantawan tahu budak tu meninggal disebabkan kesilapan seorang intern  bernama Chalarm (Sky Wongravee), dia mahu intern tersebut bertanggungjawab supaya tak menjejaskan masa depan Peng.

My Ambulance (TV9) | Sinopsis Drama Thailand

kemalangan tersebut mengubah banyak perkara termasuk magic Tantawan, kalau sebelum ini dia boleh seru Peng tapi sekarang Chalarm juga boleh teleport datang sekiranya diseru oleh Tantawan. 

Selama ini Tantawan dan Peng percaya yang magic tersebut wujud kerana cinta mereka tapi masing-masing mula keliru bila Chalarm muncul antara mereka. Dalam masa yang sama muncul seorang gadis bernama Bamee (Kanyawee Songmuan) yang mempunyai perasaan pada Dr Peng.

Apakah sebenarnya yang berlaku pada hari kemalangan tersebut? Bagaimana kesudahan cinta Tantawan dan Peng? Saksikan kesemuanya dalam drama My Ambulance setiap hari isnin hingga khamis pukul 7.30 malam di Sawadeekap TV9.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Interesting... ada sunny pulak tuuu

    ReplyDelete
  2. patutlah ada yang up gambar davika, drama dia masuk tv9 rupanya. menarik gak kisah ni

    ReplyDelete