My Husband In Law (2020) | Review Lakorn

My Husband In Law (2020) | Review Lakorn

Title : Ok Keub Hak Ab Ruk Khun Samee
Another Title : My Husband in Law
Director : Aew Ampaiporn
Screenwriter : Toto Panathee
Network : Channel 3/ Netflix
Aired : 21 April 2020 - 9 Jun 2020
Episode : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Mark Prin, Mew Nittha, Koy Rachwin, Ohm Kanin, Nut Devahastin


My Husband in Law mengisahkan Muey (Mark Prin) dan Thien (Mew Nittha) yang sudah mengenali sejak zaman sekolah lagi kerana ibu mereka berkawan baik. Thien dah lama menyimpan perasaan pada Muey tapi sayangnya Muey cuma menganggap Thien tak lebih daripada seorang adik.

Suatu hari, Thien telah melakukan masalah yang besar dan dipaksa oleh ibunya untuk berkahwin dengan Muey. Mereka berdua bersetuju untuk berkahwin walaupun sekadar lakonan. bagi Muey, dia tak kisah hal tersebut asalkan boleh bersama Thien dan melindungi Thien daripada Yada.


sebenarnya Thien bercinta dengan Yada tanpa mengetahui wanita tersebut adalah isteri orang lalu mahu memutuskan hubungan dengan Yada. perkara ini menjadi masalah besar apabila suami Yada merupakan ketua gangster telah menghantar orang untuk memukul Thien dengan teruk.

Yada dah lama tak tahan dengan perangai suaminya yang kaki pukul tapi tak faham juga kenapa dia sibuk buang masa kejar Thien, kan lagi bagus kalau fikir macam mana tuntut cerai dan lepaskan diri daripada suaminya.

Untuk mengelakkan diri daripada diganggu Yada, Thien memberitahu yang dia sudah ada kekasih dan bakal berkahwin dalam masa terdekat. kebetulan pula mak Thien terdengar hal tersebut terus memaksa Thien untuk berkahwin dengan Muey sebab takut anaknya terus diganggu Yada dan gangster tersebut.


Thien dan Muey sudah tinggal serumah sebelum berkahwin lagi. segala kerja rumah Muey yang uruskan dan selepas berkahwin tak ada yang berubah pun dengan kehidupan mereka berdua. kebetulan pula mereka bekerja di pejabat yang sama, Thien menyuruh Muey merahsiakan hubungan mereka berdua.

kesian juga tengok Muey tak habis dibuli Thien, yang geram tu Thien langsuang tak sedar perasaan Muey terhadapnya. Thien tahu pun sebab terbaca diari Muey tapi nak tunggu Thien jatuh cinta dengan Muey bukan kemain slow.

dalam drama ni suka sangat tengok rumah Thien, interior sangat cantik dan laman rumah pula macam duduk tepi hutan, yang best bila boleh melepas tepi sungai. rumah yang mereka shoot ini sebenarnya sebuah resort iaitu Photaram 126 Resort yang terletak di Ratchaburi, Thailand.


watak Muey menarik juga sebab nampak naif dan hidup dia macam tak ada benda lain yang lebih penting melainkan Thien hakikatnya Muey adalah hacker. ramai tak tahu perkara tersebut sehingga terjadi satu peristiwa yang Thien sendiri tak percaya Muey boleh khianatinya tapi ada plot twist lagi yang lebih menarik. rasanya itu sahaja benda yang menarik dalam My Husband In Law.

kalau penulis kembangkan lagi watak hero dan heroin mungkin lagi best sebab di awal cerita dah highlight tentang Thien sebagai genius arkitek dan Muey sebagai hacker tapi lepas tu tak nampak apa yang special dengan skill mereka. lakonan Mark Prin dan Mew Nittha memang best dan nampak serasi bila diganding berdua.

rasa sayang juga sebab idea di permulaan drama My Husband In Law nampak menarik tapi bila sampai pertengahan cerita tak lari daripada tipikal lakorn yang lain. overall still boleh layan kalau korang minat dengan genre romantik komedi.

Post a Comment

0 Comments