Drama Ku Punya Hati (TV3)

Drama Ku Punya Hati (TV3)

Drama : Ku Punya Hati
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Azmi Hatta
Penulis Skrip : Puovin, Tommy Loh
Siaran : TV3
Tayangan : 4 Ogos 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Nabil Aqil, Sharifah Rose, Luqman Hafidz, Alya Iman, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Salina Saibi, Syefikk, Wan Nor Azlin, Hafidz Roshdi, Zila Bakarin, Azri Iskandar, Nina Nadira, Kirana Batrisyia, Ainin Batrisya, Ieda Moin, Silfeny Osman

Drama Ku Punya Hati (TV3)

Sebuah lagi drama terbaru di slot Akasia TV3, Drama Ku Punya Hati yang akan menggantikan drama Risik Pada Hati bermula 4 Ogos ini dengan menampilkan gandingan baru Sharifah Rose dan Nabil Aqil di bawah arahan Azmi Hatta.

Sharifah Rose masih lagi menjadi pilihan penerbit untuk muncul sebagai heroin dalam drama TV3. Rasanya pertama kali Nabil Aqil memegang watak utama sebelum ini dia banyak pegang watak pembantu, antara drama Nabil Aqil yang sedang ditayangkan di kaca tv sekarang ini adalah drama Nenda (TV3) dan The Maid 2 (Astro Ria)

Drama Ku Punya Hati (TV3)

Antara barisan pelakon dan watak dipegang mereka dalam drama Ku Punya Hati:
  • Nabil Aqil sebagai Noah
  • Sharifah Rose sebagai Rashidah
  • Alya Iman sebagai Trisha
  • Luqman Hafidz sebagai Rezza
  • Cahaya Nilam sebagai Jess
  • Sera Melissa sebagai Sofea
  • Salina Saibi sebagai Intan
  • Syefikk sebagai Ucop

Ku Punya Hati mengisahkan hati Rashidah terguris atas cinta yang dirahsiakan. Dia diperlakukan seperti orang asing. Mampukah ikatan cinta bertahan bila ia disulitkan?

Saksikan Drama Ku Punya Hati pada setiap hari isnin hingga jumaat pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3.


Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. tak kenal la nabil aqil ni... cerita nenda tu pun kadang-kadang je tengoknya

    ReplyDelete