Drama Demi (TV Okey)

Drama Demi (TV Okey)

Drama : Demi
Produksi : Elisa Vision Sdn Bhd
Pengarah : Rahila Ali
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 10 Ogos 2022
Masa : Selasa-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Puteri Aishah, Keith Foo, Ashraf Muslim, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri

Saksikan Drama Demi yang diinspirasi dari kisah benar dari novel Demi karya Rina Azdi yang bersiaran mulai 10 Ogos 2022, setiap hari rabu hingga jumaat pukul 9.00 malam di TV Okey saluran Astro 146 atau MYTV 110, juga boleh ditonton melalui portal rasmi RTM (rtmklik.rtm.gov.my).

Drama Demi (TV Okey)

Drama arahan Rahila Ali melakukan penggambaran di sekitar Scotland dengan menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo sebagai Fairul, Ashraf Muslim sebagai Arman, Ika Nabila sebagai Ima, Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia dan ramai lagi.

Drama Demi berkisarkan kehidupan Suraya lakonan Puteri Aishah, seorang wanita cekal dalam kebahagiannya termasuk memelihara akidahnya dan anaknya di bumi asing.

Drama Demi (TV Okey)

Suraya seorang gadis yang berperwatakan ceria dan merupakan cinta pertama Arman. Namun Suraya tidak menyedari perasaan Arman padanya tambahan pula teman rapat Suraya iaitu Ima sudah lama menyukai Arman.

Takdir menemukan Suraya dengan Dr Fairul, seorang doktor muda kacukan Melayu dan Inggeris di bumi Scotland. Namun kehidupan Suraya penuh terseksa dengan sikap Fairul sehingga dia cuba membawa anaknya, Nadia untuk melarikan diri pulang ke Malaysia.

Adakah Suraya dan anaknya berjaya pulang ke Malaysia dan menemui kebahagiannya?

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments