Telefilem : 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu
Produksi : ZGB Media Sdn Bhd
Pengarah : Azri Ilias
Idea Asal : Azmi Hata
Penulis Skrip : Rayyan Danish
Siaran : Awesome TV
Tayangan : 12 Januari 2022
Pelakon : Atikah Suhaime, Mustaqim Bahadon, Hairie Othman, Silfeny Osman, Fird Ahmad, Azrin Adriana, Ahnaf Abu Bakar
Saksikan telefilem 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu lakonan Atikah Suhaime dan Mustaqim Bahadon pada hari ahad ini jam 9.00 malam di Awesome TV.
Sinopsis Telefilem 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu
Tuan Amirul yang mahu anak tunggalnya, Raisya mengambil alih tempatnya mengurus resort keluarga mereka. tapi Raisya pula nak jadi tukang masak, waktu belajar tu dalam diam dia tukar ke bidang kulinari.
Disebabkan sayang, Tuan Amirul benarkan Raisya kejar impiannya dan beri tempoh enam bulan untuk buktikan yang Raisya boleh berjaya sebagai seorang chef. Dengan modal yang diberikan bapanya, Raisya berjaya buka sebuah restoran.
Raisya bertemu dengan Ryan yang juga seorang chef dan restoran pula bersebelahan. hubungan mereka ni macam benci tapi suka. kadang bergaduh kadang rapat macam kawan tapi masing-masing malu nak mengaku sudah jatuh cinta.
Konflik terjadi bila bekas tunang Ryan datang menganggu hubungan cinta antara Ryan dan Raisya yang baru berputik. Adakah Raisya akan berjaya dalam mengejar impian dan cintanya? Saksikan kesemuanya dalam telefilem 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu di Awesome TV.
1 Comments
ok juga mustaqim bahadon ni berlakon. rupa pun not bad
ReplyDelete