Episod Akhir Drama Aku Yang Merinduimu

 Episod Akhir Drama Aku Yang Merinduimu

Tamat sudah drama Aku Yang Merindui lakonan Syafie Naswip dan Elisya Sandha. kat penghujung drama ni banyak juga episod tak sempat nak tengok tapi selalunya drama melayu gitulah aku suka follow depan-depan je sebab best. nak sampai penghujung jarang tengok sebab nanti banyak benda yang membebel macam entry untuk ending ni..haha


Episod Akhir Drama Aku Yang Merinduimu

aku suka episod yang bila Husna berubah mahu membalas dendam kepada Engku Mariam selepas kematian datuknya kerana Husna tak boleh terima takdir dan menyalahkan Mak Engku yang datang menyerang sampai datuknya kena serangan jantung.

bosanlah asyik tengok heroin lembik pasrah terima takdir so bila Husna berubah baru best sikit. padan juga dengan muka Mak Engku tak habis nak tindas Husna sekarang baru buku bertemu ruas. 

Zahlia mengambil berat keadaan Husna apabil Siti menceritakan sebab kenapa Husna berubah. Danial marah bila mengetahui hal tersebut tapi Zalia meminta Danial jangan terus menghukum Husna kerana semua yang terjadi mesti ada sebabnya.

ending drama melayu selalunya agak rushing begitu juga dengan drama Aku Yang Merinduimu. semua benda cuba ditamatkan dalam 10 minit terakhir. 

Episod Akhir Drama Aku Yang Merinduimu

so dia punya ending, Zizan yang lari dari penjara pergi ke rumah Mak Engku untuk mencari Zalia tapi Zalia pula dah tiada di situ so dia call mengugut Zalia untuk mencederakan Husna tapi targetnya berubah kepada Mak Engku kerana Engku penyebab dia masuk penjara. kenapa watak Zizan ni macam tak ada hala tuju. kejap Zalia kejap Husna kejap Engku Mariam. pening. kenapa tak boleh stick siapa target sebenar dari awal?

this part kelakar bila Zizan ugut suruh Zalia datang dan siap warning jangan call polis kalau tak nak orang dalam rumah cedera. Zalia buntu bila call Danial tak dapat, nak call polis takut dengan ugutan Zizan. so Zalia call Eric minta bantuan. so apa yang Eric buat? call polis terus polis datang serbu tangkap Zizan..banyak pusing betul dialog dia padahal itulah solution yang patut Zalia buat dari awal.

Scene paling buat aku stress bila Mak Engku tercegat tepi tangga macam merelakan diri ditolak Zizan. penat membebel kenapa Mak Engku tu tak lari, kenapa Husna tak suruh anak dia duduk diam-diam dalam bilik bila pergi selamatkan Mak Engku. kenapa semua orang nak serabutkan keadaan? yang paling aku stress kenapa hero dalam drama ni macam tak berapa nak function? KENAPA??! 

Episod Akhir Drama Aku Yang Merinduimu

Pengakhirannya semuanya baik-baik sahaja. Engku Mariam berubah selepas kejadian tersebut dan dapat menerima Husna sebagai menantunya. so Happy Ending lah semuanya. sekian ulasannya.  -TAMAT-


Selepas berakhirnya drama Aku Yang Merinduimu, slot Widuri TV1 akan membawakan sebuah lagi drama terbaru bertajuk Dia Bukan Bidadari yang menampilkan Keith Foo, Mona Allen dan Fadlan Hazim yang akan bermula Ogos ini.

Post a Comment

1 Comments