Drama Misi Dania Cun 2 (TV1)

Drama Misi Dania Cun 2 (TV1)

Drama : Misi Dania Cun Siri 2
Produksi : Pentas Wayang Production
Pengarah : Dato’ T.S. Jeffry
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : TV1
Tayangan Asal : 25 April 2021
Masa : Jumaat-Sabtu | 6.00 Petang
Episod : 13
Pelakon : Elyana, Andeline Tsen, Shekeen Waida, Vigna Muthusamy, Nafiez Zaidi, Ziema Din, Man Khan Dazrin Kamarudin

Drama Misi Dania Cun 2 (TV1)

Drama Misi Dania Cun kembali dengan musim kedua dengan menampilkan Elyana memegang watak utama sebagai Misi Dania yang sebelum ini dipegang oleh pelakon Niena Baharun. Drama arahan Dato’ T.S. Jeffry ditayangkan semula setiap hari jumaat dan sabtu, pukul 6 petang di slot Bidadari TV1.

sebuah drama memaparkan kisah pengorbanan seorang jururawat dari bandar yang bertugas di sebuah hospital di pinggir bandar melalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam menjalankan tugasnya.

Drama Misi Dania Cun 2 (TV1)

Misi Dania Cun mengisahkan Misi Dania yang ditukarkan ke Hospital Sik Kedah, pada mulanya Dania agak kecewa kerana dia mahu kembali ke Kuala Lumpur demi ibunya namun demi tugas, Dania terima cabaran tersebut.

Bertugas di Kedah merupakan pengalaman baru dengan keadaan yang berbeza. Ada yang menerima Dania dengan hati terbuka tapi ada juga yang tidak senang dengan kehadiran Dania di situ. Cabaran terbesar Dania adalah masyarakat  di situ yang lebih kritikal terhadap setiap tingkah lakunya.

Rakan sekerja banyak membantu Dania menyesuaikan diri di situ. Dania bernasib baik apabila bertemu dengan Dr Amiran juga Sister Jazmine dan Sister Aina serta Jururawat Santesh yang banyak menghiburkan keadaan di situ.

Bersama mereka berdepan dengan segala masalah dan sikap masyarakat tempatan, dan apakah Misi Dania akan bertemu cinta baru di situ? Saksikan kesemuanya dalam Misi Dania Cun 2.

Post a Comment

1 Comments