Guard Komando (TV9) | Sinopsis Drama

Guard Komando (TV9) | Sinopsis Drama

Drama : Guard Komando
Produksi : OrangTree Production Sdn Bhd
Pengarah : MP Roslin Md Sharif
Penulis Skrip : Amin Shakib, Azmy Ariff
Siaran : TV9
Mula Tayangan : 28 Julai 2022
Masa : Khamis-Jumaat | 9.30 Malam
Episod : 20
Lagu OST : Mark Adam - Tiberrr
Pelakon : Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam, Jiggy Masin, Ayunie Rizal, Hafeez Mikael, Dazrin Kamarudin, Mimi Ernida, Fazlina Ahmad Daud, Rahim Omar, Enot

Saksikan Drama Guard Komando terbaru di slot Diandra TV9 menggantikan drama Ada Apa Dengan Saka bermula 28 Julai 2022, setiap hari khamis dan jumaat, pukul 9.30 malam.

Guard Komando (TV9) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Guard Komando

Guard Komando mengisahkan keselamatan penduduk taman perumahan Taman Kampung Coh terancam dengan kejadian jenayah yang berlaku di situ. Pak Kassim (Rahhim Omar) selaku ketua kampung pening kepala untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun pelbagai tindakan diambil.

Seman (Dazrin) seorang wartawan tidak bertauliah di taman perumahan tersebut mencadangkan mereka mengambil Komandudu Adnan (Shamsul Ghau Ghau) sebagai pengawal keselamatan di situ kerana beliau sangat cekap dan berpengalaman dalam menjalankan tugasnya.

Untuk membantunya bertugas di Taman Kampung Coh, Komandudu Adnan melantik anak-anaknya iaitu Kolid@Ko (Fendy Bakry), Mansur@Man (Mark Adam) dan Dollah@Do (Jiggy Masin) untuk berkerja bersamanya di situ. Komandudu Adnan menamakan pasukan mereka sebagai Guard Komando sempena pangkal nama anak-anaknya.

Guard Komando (TV9) | Sinopsis Drama

Sebenarnya Kolid, Mansur dan Dollah mempunyai impian mereka sendiri. Kolid bercita-cita menjadi penyiasat yang dilengkapi dengan gajet berteknologi tinggi, Mansur pula mahu menceburkan diri dalam sukan seni mempertahankan diri manakala Dollah mahu menjadi seorang pelakon.

tapi demi ayah mereka, mereka bertiga sanggup berkorban untuk tangguhkan dulu mengejar cita-cita mereka demi memenuhi kehendak ayah mereka.

Apabila bertugas sebagai pengawal keselamatan, banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh Kolid, Mansur dan Dollah. Adakah mereka dapat memenuhi kemahuan ayah mereka, bagaimana pula dengan impian mereka?

Guard Komando (TV9) | Sinopsis Drama

Kehadiran Guard Komando banyak membantu penduduk Taman Kampung Coh dalam membanteras kes jenayah tapi ada juga yang tak senang dengan kehadiran Guard Komando di situ.  

Adakah Guard Komando betul-betul berkaliber untuk menjaga keselamatan Taman Kampung Coh? Ikuti kesudahannya dalam drama Guard Komando di TV9.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments