Datin Alyah Genggam Trofi Karaoke Superstar Minggu Kelima!


Pentas kelima program realiti pertandingan ala berkaraoke nyanyian artis popular yang baharu, ‘Karaoke Superstar’ mengambil penyanyi Datin Alyah sebagai juara minggu kelima, mengalahkan penyanyi yang disegani ramai, Ameng Spring dengan jumlah kemenangan sebanyak tiga kali daripada lima segmennya.

“Terima kasih kerana menerima saya dengan seadanya. Terima kasih banyak-banyak”, katanya sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang datang untuk menyokong.

Minggu kelima ‘Karaoke Superstar’ kekal dengan pengadilan mereka oleh Ratu Karok dan juri tetap program, Erra Fazira serta menampilkan penyanyi, pelakon dan penggubah lagu popular tanah air, Dato’ Hattan sebagai juri jemputan.


Pusingan pertama program iaitu Superfans membawa seorang penyanyi demo daripada Selangor, Nabilah Nasrudin yang mewakili kelab peminat Ameng Spring dan juga Nick Danial Abdullah, seorang pelajar yang berasal daripada Perak yang mewakili kelab peminat Datin Alyah untuk bersaing bagi mendapatkan kemenangan pertama. Persembahan Nabilah dengan lagu ‘Butakah Cinta’ dipuji oleh Erra Fazira kerana mempunyai ‘feel’ yang sangat hebat. Lantas, kemenangan pertama ini diberikan kepada wakil kelab peminat Ameng Spring, iaitu Nabilah.

“Awak menyanyi dengan takut-takut lah”, tambah Dato’ Hattan kepada Nick Danial selepas melihat persembahannya dalam pusingan ini


Pertandingan diteruskan dengan pusingan Karok Uji yang menampilkan persembahan duet artis dan wakil daripada kelab peminatnya. Kemenangan pusingan ini diambil oleh Datin Alyah yang menyanyikan lagu ‘Simalakama’ nyanyian asal Vita Alvia bersama peminatnya. Walaupun agak mencabar dengan lagu yang bergenre dangdut, persembahan mereka masih dipuji oleh kedua-dua juri.

Dalam pusingan ketiga iaitu Kuiz Karok Star, kemenangan diberikan kepada Datin Alyah dan kelab peminatnya kerana memperoleh jumlah markah sebanyak 17 markah, mengalahkan Ameng Spring dan kelab peminatnya yang mendapat 11 markah.


Kemenangan Ameng Spring dalam pusingan seterusnya, Mikrofon Misteri menghasilkan markah yang seri kepada kedua-dua kumpulan. Penyanyi dengan suara yang lantang, Qody Rani merupakan dalang di sebalik tabir untuk kumpulan Ameng Spring dengan nyanyiannya ‘Bourgenvilla’, manakala penyanyi misteri bagi kumpulan Datin Alyah pula ialah Azharina yang menyanyikan lagu ‘Kisah Hati’. Nyanyian Qody mendapat pujian ‘karbat!’ daripada Dato’ Hattan dan Erra Fazira, lantas meraih satu markah untuk kumpulannya.

Penilaian terakhir pertandingan nyanyian ala berkaraoke antara mereka bergantung kepada persembahan mesh up mereka dalam segmen Messy Up Star yang juga merupakan segmen penentuan juara pada minggu kelima ini. Lagu yang dinyanyikan oleh Ameng Spring adalah ‘Sesal Separuh Nyawa, manakala Datin Alyah pula menyanyikan lagu ‘Sampai Hati’. Datin Alyah berjaya meraih kemenangan dalam pusingan kali ini, lantas merebut gelaran sebagai ‘Juara Minggu Kelima Karaoke Superstar’. Pentas ini ditutup dengan persembahan duet oleh Datin Alyah dan penyanyi Mikrofon Misterinya, Azharina.


Siapakah pula yang akan bersaing dalam nyanyian berkaraoke pada minggu hadapan? Ikuti program pertandingan berkaraoke ‘Karaoke Superstar’ ini di saluran Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Ahad, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Post a Comment

0 Comments