Telefilem Dania di Cerekarama TV3

Telefilem Dania (Cerekarama TV3)

Telefilem : Dania
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : TV3
Tayangan : 18 Jun 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Aedy Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris, Nafiez Zaidi

Saksikan Telefilem Dania lakonan Aedy Ashraf, Puteri Balqis dan Fezrul Khan pada hari sabtu, pukul 10 malam di Cerekarama TV3.

Sinopsis Telefilem Dania 

Dania seorang remaja yang suka menyendiri dan rakan sekelasnya sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. 

Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. 

Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti kisah Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.

Baca juga: 

Post a Comment

0 Comments