Telefilem Cassandra di TV3

Cassandra TV3

Telefilem : Cassandra
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Tayangan Asal : 20 April 2019
Pelakon : Emma Maembong, Zamarul Hisham, Syazuwan Hassan, Shasha Raman, Ikmal Amry, Watie Sadali

Telefilem Cassandra di TV3

Cassandra lakonan Emma Maembong mengisahkan seorang gadis kacukan yang dibesarkan oleh ayahnya selepas ibunya meninggal dunia. Cassandra dikenali orang kampung kerana sikap ayahnya, Haji Fauzan yang suka menderma. tapi orang kampung juga tidak suka dengan perangai Haji Fauzan yang bongkak kerana kekayaan dimilikinya.

Namun berbeza dengan Cassandra yang lebih selesa memilih cara hidup sederhana dan bersahabat baik dengan Luqman, Zaiyad dan Syakila. Hanya Cassandra dan Zaiyad berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Cassandra dan Luqman saling menyukai antara satu sama lain dan Syakila yang menjadi ‘penghubung’ mereka berdua. Namun hubungan mereka merisaukan ibu Luqman kerana ibarat langit dan bumi kerana Luqman dibesarkan dalam kehidupan nelayan tidak seperti Cassandra.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments