Sinopsis Drama Roxy di Dahlia TV3

Sinopsis Drama Roxy di Dahlia TV3

Drama : Roxy
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
Pengarah : M. Nazir Juhan
Penulis Skrip : Adza Emie, Intan Zarina Hassan, Azal Ezreen, Marini Mat Zain
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 25 Jun 2022
Masa : Sabtu-Ahad | 7.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilok, Amyza Aznan, Aliff Zulkarnain, Ramli Long

Slot Dahlia TV3 kembali menemui penonton dengan drama terbaru Roxy lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi dan Eira Syazira setiap hari sabtu dan ahad, pukul 7.00 malam mulai 25 Jun 2022.

Sinopsis Drama Roxy di Dahlia TV3

Roxy sebuah drama komedi mengisahkan pasangan suami isteri, Aqil (Azlee Khairi) dan Arissa (Eira Syazira) yang selalu menghadapi masalah dengan pembantu rumah mereka. Mereka berdua sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing dan memerlukan pembantu rumah yang boleh dipercayai untuk menguruskan kerja rumah dan anak mereka, Amira (Aqeesh Aleeya) dan Amar (Nik Adam Mika).

Suatu hari, Aqil yang membawa pulang sebuah robot manusia yang rosak dari syarikatnya untuk membantu kerja rumah lalu diberi nama Roxy oleh Amar. Kehadiran Roxy (Nadiyah Shahab) membuatkan kehidupan mereka lebih terurus dan berjalan lancar.

Roxy juga menjadi perhatian jiran tetangga Aqil dan Arissa tanpa mereka mengetahui identiti sebenar Roxy adalah robot. Adakah Roxy penyelesaian terbaik kepada keluarga Aqil?

Post a Comment

0 Comments