Mawar Murni (TV3) | Sinopsis Drama

Mawar Murni (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Mawar Murni
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Hashim Rejab
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Siaran : TV3
Masa : Isnin-Khamis | 2.00 Petang
Episod : 15
Lagu Tema/OST : Luqman Faiz - Kepuraanmu
Pelakon : Mimi Lana, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Amar Ashraf, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Ridzuan Hashim, Wanna Ali

Mawar Murni sebuah kisah percintaan dan kekeluargan mengenai konflik yang mengancam sebuah keluarga dan rahsia terpendam yang akan menambah kebencian.

Drama Mawar Murni pernah ditayangkan di slot Samarinda TV3 dan dibarisi barisan pelakon popular seperti Mimi Lana, Fasha Sandha dan Saharul Ridzwan, kini ditayangkan semula pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 2 petang di TV3.

Mawar Murni (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Mawar Murni

Aziz (Ridzuan Hashim) seorang ahli perniagaan yang mempunyai dua orang isteri iaitu Ramona (Wan Nor Azlin) dan Mahani (Watie Sadali). Aziz mempunyai dua orang anak  bersama Ramona iaitu Qalif (Amar Ashraf) dan Keisha (Wanna Ali).

Ramona mempunyai pembantu peribadi bernama Murni (Fasha Sandha) yang cekap melakukan kerja namun Murni merasakan dirinya seperti dipergunakan Ramona dan menjadi orang suruhan. Dalam masa yang sama, Murni mempunyai rahsia sendiri apabila dia sudah berkahwin dengan Aziz secara sembunyi namun mereka berlakon seperti tidak mempunyai apa-apa hubungan.

Ramona dan Mahani tidak menyedari perkahwinan Aziz yang ketiga sehingga berlaku satu insiden yang mana Aziz ditemui meninggal dunia di banglo istirahatnya. Kematian Aziz menjadi misteri kerana hasil pemeriksaan mendapati Aziz telah diracuni seseorang.

Mawar Murni (TV3) | Sinopsis Drama

Murni kemudiannya bertemu dengan Mawar (Mimi Lana) lalu mengajak Mawar untuk tinggal bersamanya dan menjadi adik angkatnya.

Namun Murni mula membenci Mawar setelah mendapati Mawar telah mengkhianati dirinya serta mengetahui rahsia kisah silam hidup Mawar dan mengkhianatinya? Apakah rahsia tersebut? Dalam masa yang sama berlaku cinta tiga segi antara Mawar, Harris (Saharul Ridzwan) dan Qalif.

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments