Telefilem : Hari-Hari, Hari Raya
Produksi : Jaja Ishak Channel Sdn Bhd
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : TV9
Tayangan : 23 Mei 2022
Masa : 9.30 Malam
Pelakon : Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek, Lan Siro


Telefilem Hari-Hari, Hari Raya bakal menghiasi slot Kuasa 3 Malam TV9 pada 23 Mei 2022, jam 9.30 malam dengan barisan pelakon seperti Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek dan Lan Siro.

Kaya, kacak, bergaya dan digilai ramai tetapi segalanya tidak dimiliki oleh pemuda bernama Malek. Justeru, dia sering sakit hati apabila pulang ke rumah untuk beraya sehingga dia membuat keputusan untuk tidak balik beraya. 

Tanpa disedari rancangannya itu telah ‘menjemput’ satu entiti yang membawanya mengembara ke tiga raya yang berbeza. Apa yang berlaku seterusnya? Saksikan dalam Telefilem Hari-Hari, Hari Raya di TV9.