Telefilem Che Milah Raya di TV2


Telefilem : Che Milah Raya
Siaran : TV2
Tayangan : 4 Mei 2022
Masa : 6.30 Petang
Pelakon : Ruminah Sidek, Rashidah Jaafar, Sahee Shamsuddin, Syafiqah Ishak, Muhammad Tuah Danish Hanis

Che Milah Raya mengisahkan Azlan yang terpaksa meninggalkan ibu tirinya, Che Milah dan neneknya Nek Nab yang menghidap Alzheimer bersama isterinya Farah, sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana desakan tugas.

Che Milah mengarahkan Farah untuk memasak rendang cili padi namun Farah masih belum begitu mahir. Nek Nab yang sering berkelakuan misteri seperti roh berjalan tampil membantu Farah menyediakan menu tersebut. Namun berlaku tragedi di mana rendang yang dimasak Farah tumpah!

Saksikan drama komedi Che Milah Raya lakonan Ruminah Sidek, Rashidah Jaafar, Sahee Shamsuddin, Syafiqah Ishak, Muhammad Tuah Danish Hanis pada 4 Mei 2022 pukul 6.30 petang di TV2. [rtmklik.rtm.gov.my]

Post a Comment

0 Comments