Telefilem Bukan Cinta Biasa di TV2


Telefilem : Bukan Cinta Biasa
Siaran : TV2
Tayangan : 24 Mei 2022
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Rita Rudaini, Hafidz Roshdi, Kamliah Mad Dom, Jasper Supayah, Trisha Oii dan Aidit Noh

Telefilem Bukan Cinta Biasa mengisahkan Rania merupakan seorang usahawan wanita dalam bidang tekstil yang memiliki segalanya. Kejayaan, kekayaan juga kecantikan. 

Namun hidupnya sunyi kerana tidak mempunyai teman hidup. Dina, pembantu peribadinya mencadangkan Rania mencari pewaris. Mana mungkin Rania ada pewaris kalau dia enggan berkahwin? 

Rania kemudian membuat tawaran kepada Hafiz, seorang pelajar yang ingin mencari pendapatan tambahan untuk menampung pengajian dan menyara neneknya di kampung. Hafiz ditawarkan untuk berkahwin dengan Rania bagi mendapatkan anak.

Saksikan telemovie Bukan Cinta Biasa lakonan Rita Rudaini, Hafidz Roshdi, Kamliah Mad Dom, Jasper Supayah, Trisha Oii dan Aidit Noh pukul 9:00 malam ini di TV2. [rtmklik.rtm.gov.my]

Post a Comment

1 Comments