Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya (2022)


Telefilem : Artis Pujaanku Mai Beraya
Produksi : Luqsar Kretif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
Siaran : Tonton Cinema
Tayangan : 1 Mei 2022
Pelakon : Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan, Sherry Al Jeffry

Sempena menyambut hari raya Aidilfitri ini, Tonton Cinema membawakan tiga telemovie terbaru iaitu Hantu Karaoke, Bini-Bini Lockdown dan Artis Pujaanku Mai Beraya. Semua telefilem ini boleh ditonton secara percuma melalui website atau download aplikasi tonton Cinema.


Artis Pujaanku Mai Beraya merupakan gandingan Fikry Ibrahim dan Emma Maembong yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama bersiri Nusyuz Berkiblat Cinta.

Turut dibintangi barisan pelakon seperti Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, ArtisPujaanku Mai Beraya sebuah telefilem romantik komedi mengisahkan Zain yang menjadi pemandu e-hailing mahu pulang ke kampungnya selepas dibehentikan kerja tetap dan tidak mampu menanggung kos sara hidup di bandar.

Zain bertemu Shafinas yang merupakan kawan sekolah dan kini seorang pelakon popular dan influencer terkenal di Malaysia. Shafinaz teruja untuk menyambut ramadan dan hari raya di kampung selepas mengetahui rancangan Zain yang mahu pulang ke kampungnya di Kedah.

Satu kampung kecoh dan teruja apabila Zain membawa pulang Shafinas, pelbagai suasana lucu dan ceria tercetus di kampung mereka dan juga ini merupakan pengalaman pertama Shafinas menyambut Ramadan di kampung selepas bertahun tinggal di luar negara. Zain pula dalam diam mempunyai perasaan pada Shafinas dan merancang melamar gadis itu pada malam raya.

Apakah jawapan Shafinas? Saksikan kesemuanya dalam telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya.


Baca juga : 

Post a Comment

4 Comments

  1. tempat mcm belah kola sungai & kubang rotan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dekat dengan area sis tinggal..aritu tengok citer ni patut rasa familiar sgt dgn tempat diorang shooting..haha

      Delete
    2. Yaka, memang kena ambil pelakon orang utara, cakap loghat kedah memang kena, kalau orang luar cakap loghat kedah pelik. haha. Selamat hari raya Tiara. :)

      Delete
    3. haha..Selamat Hari Raya Naim :)

      Delete