Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus di TV3


Drama : Melur Untuk Firdaus
Produksi : A-Ten Alliance Sdn Bhd
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hasan
Siaran : TV3/Disney+Hotstar
Mula Tayangan : 27 Mei 2022
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Anna Jobling, Meerqeen, Fimie Don, Nisa Idrus, Kuna Muzani, Azhar Amir, Hani Nazrina, Hairi Safwan, Taib Zamannuri, Zainol Ismail

Slot Lestary TV3 membawakan sebuah lagi drama terbaru, Melur Untuk Firdaus diadaptasi dari novel My Rude Wife karya CikNorChinta menampilkan  Meerqeen dan Anna Jobling sebagai teraju utama di bawah arahan sutradara Zamri Zakaria.



Sinopsis Melur Untuk Firdaus

Firdaus sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Dee namun tiada tanda-tanda untuk berkahwin memandangkan Dee lebih sibuk mengutamakan kerjayanya. Hal ini, membuatkan ibu bapa Firdaus tidak senang melihat anak mereka masih membujang lalu membuat keputusan untuk menjodohkan Firdaus dengan anak kawan lama mereka.

Manakala Melur pula saat pertama kali bertemu dengan Firdaus sudah terjatuh cinta, apabila mengetahui lelaki yang bakal dijodohkan dengan dirinya adalah Firdaus terus membuatkan dia bersetuju dengan rancangan orang tuanya.

Melur kecewa apabila mengetahui Firdaus tidak menyukai dirinya tapi itu tidak mematahkan semangat Melur untuk memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk suaminya.


Barisan Pelakon & Watak Melur Untuk Firdaus

  • Meerqeen sebagai Firdaus
  • Anna Jobling sebagai Melur
  • Nesa Idrus sebagai Dee
  • Fimie Don sebagai Haris
  • Haleeda sebagai Rohana
  • Zainon Ismail sebagai Nasaruddin
  • Kuza sebagai Kamariah
  • Azhar Amir sebagai Kamarul
  • Hairi Safwan sebagai Zain

Lagu Tema/OST Melur Untuk Firdaus

  • Puteri Khareeza - Duka Disebalik Tawa

Saksikan Drama Melur Untuk Firdaus yang bersiaran setiap hari rabu hingga sabtu, pukul 9.00 malam mulai 27 Mei 2022 di slot Lestary TV3, juga boleh streaming melalui platform penstriman Disney+Hotstar.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ada yang kongsikan pasal drama nie, katanya kelakar si Melur tu.. Tapi tak tengok pun lagi..

    ReplyDelete