Drama Hindi | Ami Sirajer Begum (Sonia TV3)


Drama : Ami Sirajer Begum
Pengarah : Tathagata Mukherjee
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 23 Mei 2022
Masa : Isnin - Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Sean Banerjee, Pallavi Dey, Chandrayee Ghosh, Badshah Moitra, Sayak Chakraborty, Sohan Mukhopadhyay 

Slot Sonia membawakan sebuah siri drama terbaru dari India yang bertajuk Ami Sirajer Begum yang diadaptasi dari novel karya Sree Parabat mengisahkan tentang kehidupan seorang pemerintah Bengali, Siraj ud-Daulah dan isterinya, Lutfunnisa Begum.

Drama Ami Sirajer Begum memulakan tayangan di India pada Disember 2018 sehingga Mei 2019 dengan 125 episod di bawah arahan sutradara Tathagata Mukherjee.



Barisan Pelakon & Watak Ami Sirajer Begum

  • Sean Banerjee sebagai Nawab Siraj-Ud-Daulah / Siraj 
  • Pallavi Dey sebagai Lutfunnisa Begum / Lutfa 
  • Chandrayee Ghosh sebagai Ghaseti Begum 
  • Badshah Moitra sebagai Mir Jafar 
  • Sayak Chakraborty sebagai Asrafi
  • Sohan Mukhopadhyay sebagai Alivardi Khan 
  • Rupa Bhattacharjee sebagai Hamida
  • Tulekha Basu sebagai Sharf-un-Nisa Begum 
  • Mallika Majumdar sebagai Amina Begum 
  • Rajesh kr Chattopadhyay sebagai Omichund

Lagu Tema/OST Ami Sirajer Begum

  • Shreya Ghoshal - Ami Sirajer Begum


Sinopsis Ami Sirajer Begum

Ami Sirajer Begum berlatarkan abad ke-18 apabila Nawab Siraj-Ud-Daulah, pemerintah terakhir kerajaan Bengal menaiki takhta bagi menggantikan datuknya, Nawab Alivardi Khan. Siraj menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan termasuk pengkhianatan dari kaum kerabat terdekatnya. 

Siraj kemudiannya jatuh cinta dengan isterinya Lutfunnisa Begum yang menjadi sumber kekuatannya sebagai Sultan kerajaan Bengal.

Tonton : Drama Ami Sirajer Begum

Post a Comment

2 Comments