Drama Filipina To Have & To Hold di Sakura TV3


Drama : To Have & To Hold
Pengarah : Don Michael Perez
Penulis Skrip : Suzette Doctolero, Denoy Navarro-Punio, Anna Aleta-Nadela, John Borgy Danao
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 19 Mei 2022
Masa : Isnin - Khamis | 6.00 Petang
Pelakon : Carla Abellana, Rocco Nacino, Max Collins, Roi Vinzon, Ina Feleo, Valeen Montenegro, Bing Pimentel, Gilleth Sandico, Luis Hontiveros

Saksikan drama filipina terbaru di slot Sakura TV3, To Hold & To Have yang akan mula ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis, pukul 6.00 petang di TV3.

Drama To Hold & To Have diterbitkan oleh GMA Entertainment dan ditayangkan di stesen tv Filipina bermula 27 September 2021 sehingga 17 Disember 2021 dengan 60 episod berdurasi 30 minit.


Barisan Pelakon dan Watak To Hold & To Have

  • Carla Abellana sebagai Erica Gatchalian
  • Rocco Nacino sebagai Gavin Ramirez
  • Max Collins sebagai Dominique Ramirez
  • Roi Vinzon sebagai Giovanni Ramirez
  • Ina Feleo sebagai Raquel "Quel" Asuncion
  • Valeen Montenegro sebagai Sofia Carlos
  • Bing Pimentel sebagai Carmelita "Millet" Ramirez
  • Gilleth Sandico sebagai Victoria "Vicky" Pineda
  • Luis Hontiveros sebagai Daryl Manabal

Lagu Tema/OST To Hold & To Have

  • More Than Before - Golden Canedo


Sinopsis To Hold & To Have 

Gavin dan Dominique bercinta selepas bertemu dalam satu insiden dan kemudiannya membuat keputusan untuk berkahwin. Selepas lima tahun, perkahwinan yang terbina mula retak, dan segala tipu helah mula disedari.

Mereka bersetuju untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya masing-masing pada awal perkahwinan. Selepas beberapa tahun berkahwin, Dominique mempunyai impian untuk mempunyai anak namun Gavin terlalu sibuk menguruskan restorannya sehingga tiada masa untuk isteri.

Perkahwinan Gavin dan Dominique kini di ambang perpisahan apabila sering bergaduh dan berselisih pendapat. Gavin kemudiannya bertemu dengan seorang wanita bernama Erica, isteri kepada Tony, lelaki yang mempunyai hubungan sulit dengan Dominique.

Satu insiden telah membongkar segala rahsia yang tersimpan. Mampukah cinta sejati menyelamatkan sebuah kebahagian?

Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments

  1. kalau dah kantoi menipu tu macam mana cinta nak selamatkan

    ReplyDelete
  2. Baru gak tengok tadi tapi lambat buka.. around 6.30 baru dapat tengok tv.

    ReplyDelete
  3. eh, macam best laa.. lawa pelakonnya

    ReplyDelete