Telefilem Jangan Malu Menangis di TV9


Telefilem : Jangan Malu Menangis
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Amie Maziah
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV9
Tayangan : 2 Mei 2022
Masa : Isnin | 9.30 Malam
Pelakon : Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Wati, Aprena Manrose, Harissa Adlynn, Esma Daniel, Halim Radzi, Ikhwan Khairudin


Telefilem Jangan Malu Menangis mengisahkan Ramlee, bekas kelasi kapal hidup bersendirian di sebuah kampung. Hidupnya sunyi walaupun mempunyai tiga orang anak, diisi dengan bayangan arwah isterinya, Haryati.

Selepas berlakunya satu kekecohan di kampung sehingga anak sulungnya, Maryam pulang ke kampung. Bayangan isterinya, Haryati terhapus setelah Maryam menyedarkan ayahnya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia.


Akhirnya, Ramlee bersetuju untuk mengikuti Maryam ke ibu kota untuk tinggal bersama anaknya. Namun, kesibukan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing membuatkan Ramlee rasa tersisih.

Saksikan telefilem istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri, Jangan Malu Menangis lakonan Rosyam Nor dan Fauziah Latiff pada malam raya (2 Mei 2022), pukul 9.30 Malam di TV9.

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments