Rindu Tanpa Cinta (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Rindu Tanpa Cinta (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Drama : Rindu Tanpa Cinta
Pengarah : Doddy Djanas
Penulis Skrip : Ashvery Kumar, Ichlas Mahmud
Siaran : Awesome TV
Mula Tayangan : 1 April 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 5.00 Petang
Pelakon : Irwansyah, Chelsea Olivia, Angel Karamoy, Minati Atmanagara, Haviza Devi, Chico Radela, Masayu Anastasia, Aqilla Herby, Ayu Dyah Pasha, Evan Sanders

Awesome TV membawa sebuah sinetron popular dari Indonesia, Rindu Tanpa Cinta dibintangi Irwansyah dan Chelsea Olivia yang ditayangkan sepanjang Ramadhan ini mulai 1 April 2022 menggantikan sinentron Putri Untuk Pangeran yang terpaksa direhatkan buat sementara waktu kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sinopsis Drama Rindu Tanpa Cinta 

Rendy (Irwansyah) yang menceraikan Rindu (Chelsea Olivia) dengan alasan isterinya telah berlaku curang. atas sebab itu, Rindu telah hilang hak penjagaan ke atas anaknya, Jihan (Chico Radela) yang berusia 7 tahun. 

Kevin (Evan Sanders) telah menasihatkan Rendy supaya tidak terburu-buru membuat keputusan kerana dia juga mengenali Rindu tidak seburuk itu dan tidak mahu Rendy menyesal di kemudian hari.

Setelah bercerai, Rindu bekerja keras untuk menampung kehidupannya dan suatu hari Rindu ternampak ibu mertuanya, Sella (Minati Atmanagara) bertemu dengan lelaki yang dituduh curang bersamanya. Rindu tahu Sella tidak pernah menyukai dirinya dan dia percaya Sella adalah orang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ke atas dirinya.

Dengan bantuan Kevin, Rindu berusaha mencari kebenaran. Adakah Rendy percaya keluarganya punca kepada penceraiannya?

Post a Comment

1 Comments

  1. ada dua situasi sesuai untuk tajuk sinetron ni. Kreatif betul

    ReplyDelete