Lagu Raya Asal Jak Raya Dari 6 Rakan Artis Tempatan Sabah


WALAU APA PUN YANG TERJADI, TETAP ASAL JAK RAYA!
DARI RAKAN – RAKAN ARTIS TEMPATAN SABAH

Lagu : Asal Jak Raya
Artis : Shaiffulhan Saidin, Nazri Saidali, Apiz Paschya, Zuana Zulmat, Tyqa Bulonk, Ayien
Lagu & Lirik : Shaiffulhan Saidin, D’Lailah
Hakcipta & Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd

ASAL JAK RAYA! - Bagi memeriahkan sambutan aidilfitri kali ini, 6 rakan artis yang menampilkan beberapa composer dan penyanyi tempatan dari Sabah turut menambahkan khazanah lagu hari raya tanahair apabila mereka bergabung merakamkan lagu Asal Jak Raya yang menyatakan maksud apa jua yang berlaku di waktu pandemic Covid-19 ini, tetap raya.

Menurut Shaiffulhan, composer naungan luncai emas itu yang juga penyanyi untuk single raya ini, berkata "Karya berkenaan tepat dengan situasi semasa kini. Lagu ini memberi maksud apa pun keadaan, apa pun suasana yang penting kita akan tetap sambut raya . Asal Jak Raya dapat beraya, walaupun kita akur, akan beraya dengan norma baharu."

Lagu ciptaan oleh Shaiffulhan sendiri dan lirik ditulis oleh isterinya D’Lailah didendangkan oleh Nazri Saidali, Ayien, Tyqa Bulonk, Zuana Zulmat, Apiz Paschya, dan Shaiffulhan sendiri .

Komposer & Penyanyi -  Shaiffulhan Saidin

Zuana Zulmat

Shaiffulhan berkata, "Asal Jak Raya saya cipta Ketika PKP pertama manakala isteri bertindak sebagai penulis lirik. Selepas itu saya terus hubungi rakan composer Nazri Saidali untuk bergabung menyanyikan lagu ini. Nazri kemudian mencadangkan agar panggil sekali rakan-rakan artis Sabah yang lain. Gandingan antara composer dan penyanyi yang terlibat menyanyikan Asal Jak Raya boleh dikira antara yang terbaik di negeri Sabah ini."

Mengulas lanjut pemenang Anugerah Carta Lagu Artis Sabah ke-12 itu berkata, "Setiap kali syawal, bagi saya orang paling penting untuk diziarahi adalah ibubapa. Ayah saya sudah tiada jadi memang saya sangat harap dapat jumpa ibu. Walaupun covid-19 menghalang kita untuk beraya seperti kebiasaanya namun saya bersyukur dapat melawat keluarga terdekat."

Jika ditanya tentang persiapan menyambut aidilfitri pada fasa endemik 2022 ini, "Persiapan raya ala kadar sahaja, masih sempat juga potong baju untuk seisi keluarga, yang penting anak-anak dapat menyambut aidilfitri dengan meriah", kata Shaiffulhan Saidin.

Nazri Saidali

Ayien

Rakan artis yang lain turut berkata, "Saya merasa sangat teruja dan gembira kerana diberi peluang menyanyikan lagu Asal Jak Raya ciptaan abg Shaifulhan dan kak Dlaila. Kali pertama saya dengar demo ni memang saya sudah terpesona dengan melodi dan liriknya yang direct to the point dengan keadaan semasa kita. Sebenarnya kalau kita hayati liriknya..lirik lagu raya kak dlaila ini agak sedih tetapi di sulami dengan garapan melodi yang baik oleh abg Shaiffulhan dan susunan muzik daripada abg Jasni Md Yaakob sangat mantap dan padu." kata Nazri Saidali.

Manakala Apiz paschya menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur dapat berkerjasama dengan composer & penulis lirik untuk lagu Asal Jak Raya ini. "Terima kasih banyak-banyak buat abang Shaifullhan dan kak D’laila, dan juga buat abang Nazri yang membawa saya untuk bersama-sama berkobolarasi bersama rakan-rakan artis sabah yang lain. Di beri peluang untuk bekerjasama, ini adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang rakaman lagu ASAL JAK RAYA," jelas Apiz Paschya.

Apiz Paschya

Tyqa Bulonk

Sebelum ini, Shaiffulhan banyak mencipta lagu-lagu untuk artis tempatan sabah yang lain seperti Cici berjudul Ku Takkan Mengalah, Ebi Kornelis berjudul Romeo Ikan Masin dan juga Santiana Ramli berjudul Keseorangan dan sudah pun berada di saluran youtube Luncai Emas.

"Untuk susunan Muzik saya mendapatkan Khidmat Jasnie Mohd Yakub seorang Penerbit dan jurutera bunyi yang tidak asing lagi di Sabah." kata Shaiffulhan Saidin .

Single ini telah meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada tahun 2021 yang lepas memandangkan kita masih lagi dalam fasa pemulihan PKP akibat wabak pandemik Covid-19 pada ketika itu.

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single Asal Jak Raya ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes ini.

Semoga lagu gandingan artis tempatan sabah untuk ASAL JAK RAYA ini dapat menambat hati peminat-peminat di Sabah serta Semenanjung Malaysia dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Syawal pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini!

Sekian, terima kasih. Selamat Hari Raya !

LUNCAI EMAS SDN BHD


LIRIK LAGU ASAL JAK RAYA

BILA TIBA HARI RAYA
SEMUA ORANG PUN GEMBIRA 
PERSIAPAN PUN SEMUA SUDAH 
SUASANA SEMUA LAWA

HANYA AKU YANG BERBEZA 
APA APAPUN AKU TIADA 
KESIAN RUMAHKU TIADA RUPA 
ANAK BINI JUA SENGSARA

WALAU SUSAH KITA TETAP BERGEMBIRA 
HATI SEDIH SAMA DUKA DAN BAHAGIA
SANAK SAUDARA KUNJUNG RUMAH KE RUMAH 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

ORANG MISKIN ORANG KAYA SAMA SAJA 
SATU BULAN MENYAMBUT SUASANA INDAH 
MENIKMATI BERBAGAI RASA JUADAH 
ALHAMDULILLAH TUHAN SAYANG HAMBANYA

APA KITA SUSAH JIRAN SEBELAH ADA
MACAM MACAM PUN HIDANGAN SEMUA ADA 
MARILAH BERSAMA RASALAH YANG ADA 
JANGAN MALU DAN SAMBIL LEWA

APA KITA SUSAH BANYAK RUMAH ADA 
PILIH MANA SAJA RUMAH TERBUKA 
HILANGKAN RASA DUKA DAN LARA 
PASTI RIANGNYA DI HARI RAYA

Post a Comment

0 Comments