Jabat Erat-Erat (TV1) | Sinopsis Telefilem

Jabat Erat-Erat (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Jabat Erat-Erat
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Penulis Skrip : Amin Masyhur
Siaran : TV1
Tayangan : 1 April 2022
Masa : Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Fatimah Abu Bakar, Kamarool Hj Yusof, Azman Hassan, Rashid Jaafar, Zaidi Omar, Che Kem, Noorkhiriah, Zaidi Omar, Tan Mei Ling, Jordan Voon, Aidil Rafiq, Isaac, Asad Saufi, Cahya, Shamala

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kembali menjalin kerjasama erat dalam usaha mengangkat karya sastera ke dalam medium tontonan di skrin TV. Ia rentetan kejayaan adaptasi puisi oleh Siti Zaleha Hashim, Sesekali dan cerpen Azizi Hj. Abdullah, Pendoa yang Ikhlas (2019), juga telemovie Capa Rengat Gulai Rawo disiarkan tahun lalu.

Tahun ini sempena sambutan Hari RTM yang ke-76, Unit Drama TV tampil dengan sebuah karya istimewa bertajuk “Jabat Erat – Erat” adaptasi dari sebuah novel yang akan disiarkan pada 1 April pukul 9.00 malam di TV1.

Karya terbaharu ini mengangkat isu kemasyarakatan berbilang bangsa mendepani cabaran persefahaman dalam perbezaan agama dan budaya. Telefilem hasil inspirasi satu novel dari 3 cerpen ini mengisi slot Panggung RTM merupakan arahan Wan Afzam Wan Daud.

Bermula dengan plot kehidupan masyarakat di sebuah kampung. Seorang pemuda bernama Kalam yang mendapat tawaran belajar di sebuah Universiti. Dalam masa yang sama dia perlu menyiapkan sebuah lukisan mural. Mural impian arwah teman baiknya Senah. Hatinya berbelah bagi untuk meneruskan impian ke universiti kerana memikirkan neneknya yang sudah tua. Cikgu Berahim dan Cikgu Mariam akhirnya berjaya memujuk Kalam untuk menyambung pelajaran ke Universiti.

Setelah kehilangan anak kesayangannya Senah, Damit terperangkap dalam dunia khayalan ciptaannya sendiri. Nenek Timah berusaha untuk memahamkan Damit dan mengharapkan Damit menerima kenyataan serta redha dengan apa yang telah berlaku. Berkat dari doa seorang ibu dan kawan-kawan kesihatan Damit beransur sembuh.

Seterusnya kisah Ah Leong yang baru saja berpindah ke kampung tersebut merasakan penerimaan orang Kampung terhadap keluarganya tidak seperti yang dijangkakan. Semenjak kejadian bertembung dan dimarahi oleh Damit tanpa mengetahui siapa itu Damit. Ah Leong semakin tertekan apabila isterinya Fang yang sarat mengandung mahukan bidan Cina. Fang mendesak suaminya untuk keluar dari kampung tersebut setelah anak mereka itu dilahirkan. Akhirnya, Fang dapat melahirkan anak dengan dibantu oleh seorang bidan kampung iaitu Nenek Timah. Persepsi Ah Leong terhadap orang kampung mulai berubah dan mendapati bahawa Damit sebenarnya sedang 'sakit'.

Plot diteruskan dengan kisah seorang budak kampung yang nakal bernama Dolah anak kepada Ahmad. Hanya merebutkan sebatang pensil timbul pertelingkahan antara Dollah dan Zahid. Akhirnya dapat dileraikan oleh Cikgu Mariam dan Cikgu Zahid.

Realiti kehidupan masyarakat kampung berbeza bangsa dan agama akhirnya dapat disimpulkan dengan kisah Kalam sedang berusaha menyiapkan lukisan mural sebelum meneruskan persiapannya ke Universiti. Turut menemaninya seorang budak India bernama Sinapapal yang bijak dan ingin belajar mengenai agama Islam. Namun, keinginannya tidak dipenuhi oleh Ustaz Sudin malah sering dimarahi kerana berkawan rapat dengan Zulikha.

Konflik mulai timbul apabila Minachi, ibu kepada Sinapapal tidak menyukai hubungan mereka. Adakah kemudiannya Ustaz Sudin bersetuju untuk membimbing Sinapapal? Ikuti kesudahannya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my). Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Post a Comment

1 Comments