Sherry Ibrahim Di Sebalik Topeng Si Merak! Siapakah Yang Bakal Menggegar di Pentas Finale?


Dah sampai ke minggu semifinal dah! Fuh nervous!

Minggu ini yakni minggu separuh akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua ternyata penuh dengan debaran dan momen-momen mengejutkan apabila figura yang cantik, Si Merak tersingkir!

Dengan markah terendah sebanyak 86.44%, pelakon Sherry Ibrahim terpaksa mendedahkan identitinya di sebalik kostum Si Merak kepada para juri dan audiens sebelum meninggalkan pentas TMSM. Kini telah sampai ke penghujungya sebelum kita menemui bakal JUARA TMSM musim kedua pada minggu hadapan.


Menurut Sherry Ibrahim, ini adalah salah satu pengalaman yang paling sukar buatnya kerana dia terpaksa menipu ibu bapa dan rakan-rakannya bahawa dialah selebriti disebalik kostum Si Merak. “Saya pun tak sangka saya akan sampai ke semifinal sebab saya tahu semua maskot itu hebat-hebat belaka”, tambahnya dengan perasaan bersyukur kerana mendapat peluang untuk membuat persembahan sehingga ke pentas separuh akhir.

“Saya rasa ini satu cabaran yang memang berbeza daripada apa yang saya pernah lakukan sebelum ini sebab bila kena pakai kostum semasa rehearse dan perform, memang bukan satu benda yang senang”, katanya yang menyanyikan lagu Cinta Dalam Hati nyanyian asal Ungu.


Minggu ini juga menyaksikan lima orang daripada juri-juri TMSM termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ella, Amy Mastura, Zizan Razak dan Michael Ang berjaya mengumpul satu markah apabila mereka berjaya meneka nama Sherry Ibrahim sebagai wajah disebalik kostum Si Merak. They’re making a comeback! Zizan Razak, yang telah meraih enam markah setakat ini menjadi juri dengan markah tertinggi, lantas kekal menjadi calon Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ diikuti oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi, Remy Ishak dan Ella.

Sementara itu, dua lagi selebriti – Burung Hantu dan Ratu Semut – juga berada di ‘bottom three’ dengan masing masing mendapat markah sebanyak 90.17% dan 87.56%. Setiap selebriti juga diberi cabaran untuk berduet dengan lagu dan pasangan seperti berikut:

• Ratu Semut & Si Merak (Beggin’ – Maneskin)
• Orkid & Seladang (7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta)
• Burung Hantu & Rambutan (Kill This Love – Blackpink)


Siapakah yang bakal menggegar di pentas finalé? Saksikan episod terakhir program mengujakan ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Post a Comment

1 Comments

  1. alamak! tak tengok episod ni..alaaa sherry ke? terkeluar pulak die

    ReplyDelete