Sabhi Saddi Pemilik Topeng Bujang Senang Tersingkir Dari The Masked Singer Malaysia S2


Lapan minggu sudah berlalu, kini pentas Separuh Akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) bakal menyaksikan 6 selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim kedua The Masked Singer Malaysia!

Minggu kelapan yakni suku akhir program yang pernah menjadi ‘trending’ di portal media telah menyaksikan tiga selebriti – Raja Semut, Si Merak dan Bujang Senang – di ‘bottom three’. Malang sekali dengan markah terendah sebanyak 82.00%, identiti penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi di sebalik kostum Bujang Senang terpaksa didedahkan kepada juri dan para audiens kerana tersingkir.


Menurut Sabhi Saddi, antara taktiknya untuk mengelirukan para juri adalah dengan menggunakan suara yang serak ketika menyanyi. Malangnya, dia tetap kantoi. “Bila orang dah kenal saya lama, orang tu pasti akan kenal saya. Saya kenal Paknil dah lama, jadi dia tahu saya punya kelebihan dan kelemahan”, katanya apabila diteka tepat oleh para juri. Namun, si nakal Bujang Senang ini rasa sangat bersyukur kerana akhirnya dia sampai juga ke minggu suku akhir.

“I’ve tried my best dan setakat itulah rezeki saya di sini”, tambah Sabhi Saddi.


Di kalangan para juri pula, Zizan Razak meraih satu lagi markah dengan tekaan tepatnya, lantas menjadikannya juri dengan markah paling tinggi setakat ini, diikuti oleh Aznil Hj. Nawawi yang juga dapat meneka dengan tepat. Si bijak dan si dekan tetap menjadi juri yang kekal di tangga teratas.

“Hei.. itu adik aku lah!”, kata Aznil Hj. Nawawi apabila dia seorang sahaja yang dapat meneka klu Sabhi Saddi, iaitu dengan menggunakan tarikh lahirnya sendiri. Memang betul si dekan ye!


Sementara itu, minggu kelapan menyaksikan Seladang, Orkid dan Burung Hantu berada di tangga teratas dengan masing-masing mencatatkan markah sebanyak 92.67%, 89.33% dan 89.11%. Dengan pemergian Bujang Senang, hanya enam selebriti di sebalik topeng Seladang, Orkid, Burung Hantu, Rambutan, Ratu Semut dan Si Merak mara ke minggu separuh akhir.

Siapakah yang bakal merebut gelaran sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim kedua? Ikuti program mengujakan ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah,, bujang senang pun dah terkeluar ek.. suara dia pun sedap. Sis vote pasa BH jadi juara.. Haha

    ReplyDelete
  2. Ramai juga akak tengok di media sosial orang teka Bujang Senang ni Sabhi Saddi :)

    ReplyDelete