Review Movie | Kampong Pisang Berbuah Dua Kali (2022)


Filem : Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
Produksi : Enjit-Enjit Semut Production, Astro Shaw
Pengarah : Amen Khalid
Idea Asal : Allahyarham Mamat Khalid
Siaran : Astro First
Tayangan : 3 Mac 2022
Durasi : 1 jam 45 minutes

Kampong Pisang dilanda misteri dan kejadian aneh lagi, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali mengisahkan Pilihan Raya Kecil bakal diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke-18 dan penduduk kampung berbahas sesama sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Dalam masa yang sama kejadian misteri turut berlaku kepada Gerhana, adik kepada Cik Purnama yang terpukau dengan kecantikan Cik Mek. Hal ini tak menyenangkan Pak Karim dan Pak Din kerana Kampong Pisang bakal berbuah dua kali.

Selain itu, Barkoba juga tidak putus asa untuk mengejar cinta Yati sehingga buta hati menerima rasuah daripada YB Yaakob Kangkong untuk membantu melancarkan kempen pilihan raya beliau.

Antara Barisan Pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
  • Bell Ngasri - Barkoba
  • Kazar Saisi - Pak Din Pest Control
  • Mat London - Pak Karim
  • Aziz M. Osman - Pak Jabit
  • Azman Naim Mantra - Gerhana
  • Rashid Othman - Faguha Jabar
  • Dewa Sapri - Cik Purnama
  • Rasydan Zakaria - Adan
  • Nizam Mokram - MA Mok
  • Ahmad Yassin - Ahmad Yassin
  • Eina Azman - Cik Mek
  • Norainisham Shamsul Hafizi - Yati
  • Wong Wei Tian - Teck Zee
  • Dollah Cantek - Yaakob Kangkong
  • TJ Isa - Mat Khuda
  • Yeop Hitler - Manap Sengau
  • Joey Daud - Daud M

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali merupakan karya terakhir daripada Allahyarham Mamat Khalid, dan Amen Khalid mengalas tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini. sebagai peminat filem Allahyarham Mamat Khalid dan siri Kampung Pisang, aku agak excited juga untuk menonton kesinambungan kisah misteri yang berlaku di Kampong Pisang.

plot movie ni agak menarik tapi bila masuk scene Gerhana bercinta dengan Cik Mek dan adenan YB Yaakob, aku mula lost dengan jalan ceritanya. ditambah pula pacing yang agak slow, struggle juga nak mengadap second half. bagi aku, permulaan cerita yang buat aku berdekah gelak tapi bila plot mula longgar, lawak yang diselitkan agak kurang padu. 

Antara benda yang aku suka dengan siri Kampong Pisang adalah watak yang pelbagai ragam, walaupun muncul satu atau dua scene, watak kecil seperti Yah Kucai, Manap Sengau dan Daud M mampu buat kau tergelak dengan aksi bersahaja mereka. cuma untuk siri kali ini, watak yangmenghiburkan sebelum ini kurang di-highlight dan sayang bila banyak watak muncul dalam filem kali ini sekadar tunjuk muka saja.

tak sure kalau Amen Khalid pernah mengarah sebelum ini atau tidak tapi bagi aku, visual kualiti dalam Kampong Pisang Berbuah Dua Kali masih lagi mantap cuma sis tak berapa berkenan dengan rupa hantu dia..haha. dari segi plot dan jalan cerita perlu dikemaskan lagi but overall not bad. harapnya Amen Khalid boleh terbitkan lagi kesinambungan kisah Kampong Pisang dengan plot yang lebih mantap.

so untuk menonton filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, korang boleh melanggan dengan harga RM15 di Astro First.

Post a Comment

5 Comments

  1. Macam best je cite dia. Santai komedi. Tak berat sangat kan.

    ReplyDelete
  2. Belum tengok yang latest ni. Lahh Barkoba cari cinta Yati semula eh. Best sekuel kampong pisang ni. Setiap satu watak tu menjadi je.

    ReplyDelete
  3. seronok, menghiburkan, ada ilmu dalam sindiran dalam masyarakat yang membuatkan kita ketawa dan senyum . setiap watak hidup dengan perwatakan masing-masing, terutama pak jabit, pak din , pak karim, barkoba.

    ReplyDelete