Review Drama Korea | Ghost Doctor (2022)


Title : Ghost Doctor
Director : Boo Sung Chul
Screenwriter : Kim Eun Hee
Network : TVN
Aired : 3 January 2022 - 22 February 2022
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Comedy, Medical, Fantasy, Supernatural
Cast : Rain, Kim Bum, Uee, Song Na Eun, Sung Dong II, Tae In Ho, Ahn Tae Hwan, Lee Tae Sung, Yoon So Hee, Choi Seok Won, Han Seung Hyun, Lee Moon Soo


Ghost Doctor mengisahkan Cha Young Min (Rain) seorang genius dan doktor pakar bedah terbaik tapi agak sombong dan langsung tak ambil kisah tentang pesakit yang koma dan tidak mempunyai harapan tinggi untuk sembuh.

Suatu hari, Cha Young Min terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma, rohnya berlegar-legar di dalam hospital tersebut kemudiannya dia dapat tahu, intern baru iaitu Ko Seung Tak (Kim Bum) mempunyai kebolehan melihat hantu dan dapat berkomunikasi dengan dirinya.

Cha Young Min mendapati ada benda yang tidak kena dengan kemalangannya dan menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian tersebut. Harapannya kini adalah Seung Tak tapi dia tidak menyukai Seung Tak kerana Seung Tak menjadi intern di hospital tersebut kerana datuknya merupakan pemilik hospital tersebut.


Ko Seung Tak sangat bagus dalam teori tapi gagal dalam praktikal kerana pernah trauma melihat roh mayat ketika mahu membedah. Sejak hari itu, Seung Tak selalu mengelak dan ponteng kelas, apabila menjadi intern, matlamatnya adalah untuk mendapat sijil dan mengurus foundation milik datuknya.

Dari kecil lagi Ko Seung Tak dapat melihat hantu dan cuma dia dapat melihat dan berkomunikasi dengan roh Cha Young Min. setelah puas dirayu oleh Cha Young Min, Seung Tak bersetuju dan membuat perjanjian dengan Cha Young Min.

Ko Seung Tak bersetuju untuk membantu Cha Young Min menyiasat kemalangan tersebut dan dia akan membiarkan Cha Young Min menggunakan badannya untuk melakukan pembedahan sebab ada beberapa pesakit yang dia ingin selamat dan hanya Cha Young Min sahaja yang boleh melakukannya.


Ramai terkejut apabila Ko Seung Tak yang sebelum ini fail dalam praktikal tiba-tiba dapat melakukan pembedahan yang sukar. tapi Seung Tak meminta doktor yang ada untuk menyembunyikan hal tersebut kerana boleh jadi isu besar juga kalau orang luar tahu doktor pelatih yang buat pembedahan.

Han Seung Won (Tae In Ho) yang merupakan abang saudara yang juga pengurus di hospital tersebut jadi pelik juga bila Seung Tak tiba-tiba jadi genius. disebabkan dia tahu kebolehan Seung Tak yang boleh melihat hantu, Han Seung Won percaya yang melakukan pembedahan tersebut sebenarnya Cha Young Min.

Han Seung Won jadi tak senang duduk Cha Young Min yang merasuk badan Ko Seung Tak tiba-tiba memberi amaran akan membongkarkan segala kegiatan jahatnya sebab  Cha Young Min tahu Han Seung Won antara dalang di sebalik kemalangan yang menimpa dirinya.


Jang Se Jin (Uee) merupakan teman wanita Cha Young Min ketika mereka belajar tapi hubungan mereka terputus apabila Jang Se Jin dapat tahu dia anak orang kaya dan berangkat ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Se Jin pulang ke Korea untuk melawat ayahnya, Chaiman Jang (Lee Moon Soo) yang akan dibedah oleh Cha Young Min dan mereka bertemu semula.

Apabila Cha Young Min koma, Se Jin membuat keputusan untuk bekerja di hospital tersebut dalam masa yang menjaga Cha Young Min. Se Jin ada konflik dengan abangnya, Jang Min Ho (Lee Tae Sung) sebab Jang Min Ho nak bolot harta keluarga termasuk menyingkirkan Chairman Jang.


Oh Soo Jung (Son Na Eun) pula merupakan kawan baik Ko Seung Tak dan mempunyai perasaan kepada lelaki itu. apabila Ko Seung Tak melakukan pembedahan, Soo Jung tahu yang Cha Young Min merasuk ke dalam tubuh Seung Tak dan dia sendiri juga pernah menyaksikan pembedahan Cha Young Min secara tak langsung, dia perasan habit Cha Young Min.

walaupun begitu, Oh Soo Jung memilih untuk mendiamkan perkara tersebut dan selalu cover Seung Tak bila nampak obvious sangat yang Cha Young Min menggunakan badan Seung Tak.


dari jalan cerita, drama Ghost Doctor agak menarik dan menghiburkan di episod awal-awal. tapi masuk pertengahan, cerita dia dragging sangat dan asyik repeat benda yang sama bila Cha Young Min guna tubuh Ko Seung Tak untuk buat pembedahan. seriusly sampai episod 8, aku rasa bosan juga sebab tak nampak hala tuju drama ni.

terus jump last episod, baru boleh nampak progress menarik pada watak Ko Seung Tak. spoiler sis bagi, Cha Young akan sedar dari koma pada episod akhir. tapi selalunya orang yang bangun koma tak akan sedar apa yang terjadi ketika roh mereka merayau-rayau. so adakah Cha Young Min  akan ingat pada Seung Tak yang banyak membantu dia dalam tempoh tersebut? itu korang kena tengok sendiri.

macam drama Bad and Crazy, momentum jalan ceritanya tak consistent. watak jahat pun tak nampak strong sangat. best thing pasal drama Ghost Doctor, chemistry antara Rain dan Kim Bum. so overall, bukan drama terbaik tapi bolehlah kalau korang nak menonton.

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments

  1. Baru tengok separuh je cerita ni lepas tu lupa nak sambung balik..pada saya okey juga tapi tula ada part boring2 juga..

    ReplyDelete