Review Chinese Drama | Be My Princess (2022)


Drama : Be My Princess
Director : Tien Jen Huang
Network : Mango TV/ iQiyi/ WeTV
Aired : 16 March 2022 - 13 April 2022
Episodes : 30
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Fantasy
Cast : Jeremy Tsui, Zhou Jie Qiong, Wu Jia Yi, Hu Yun Hao, Xu Kai Xin, Li Ruo Ning


SINOPSIS:

Ming Wei is a part-time translator who loves acting. She was unexpectedly selected to be the female lead of award winning actor Mu Ting Zhou’s upcoming drama. There she enacts the love story between a princess and a master in Ming Dynasty with Mu Ting Zhou. After an accident which caused Mu Ting Zhou to lose his memories, he only remembers Ming Wei who he protected dearly as the princess in the drama. In order to help Mu Ting Zhou recover his memories, Ming Wei starts taking care of his life.


Be My Princess mengisahkan Ming Wei (Zhou Jie Qiong) yang bekerja sebagai penterjemah dan model sambilan. Suatu hari, Ming Wei berjaya dalam ujibakat sebagai watak utama dalam sebuah drama historical bersama perlakon terbaik Mung Ti Zhou (Jeremy Tsui).

sebagai pendatang baru, Ming Wei perlu bekerja keras untuk membuktikan dirinya seorang pelakon yang bagus kerana ada yang menuduh dia mendapat tawaran sebagai pelakon disebabkan bekas kekasihnya pelabur terbesar dalam projek tersebut.


Mung Ti Zhou seorang pelakon terbaik. setiap kali mendapat satu projek, dia akan mengkaji dengan lebih mendapat tentang watak dan storyline drama tersebut so macam tak pelik kalau dia selalu dapat anugerah pelakon terbaik.

Sewaktu sesi ujibakat mencari pelakon wanita utama, Mung Ti Zhou merasakan Ming Wei sangat sesuai sebagai tuan puteri dalam drama tersebut walaupun pengarah dan krew produksi tidak berapa bersetuju kerana tidak mahu menanggung risiko mengambil pelakon baru yang tiada pengalaman.

Mung Ti Zhou agak unpredictable sebab kadang tu agak dingin dan sarkastik tapi ada masanya baik dan memberi tunjuk ajak kepada Ming Wei. tapi semua itu sebenarnya secara tak langsung memberi semangat kepada Ming Wei untuk membuktikan bakat lakonannya.


Ming Wei dan Mung Ti Zhou shoot drama historical mengenai percintaan antara puteri raja dengan pembesar diraja yang dilantik sebagai gurunya. kisah cinta mereka penuh dengan halangan dan berakhir dengan tragedi apabila tuan puteri dihukum bunuh dengan meminum racun.

Selepas penggambaran drama tersebut selesai, Mung Ti Zhou masih belum boleh move on lagi dengan wataknya dan kematian tuan puteri. hal ini juga merisaukan pengurusnya, Xiao Zhao (Hu Yun Zhao) apabila Mung Ti Zhou itu terlalu hanyut dalam wataknya di dalam drama dan menasihatkan pelakon itu untuk berjumpa pakar psikologi.


Suatu hari, Mung Ti Zhao telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan telah hilang ingatan. apabila tersedar Mung Ti Zhao percaya yang dia adalah Mu Yun (watak dalam drama lakonannya dengan Ming Wei) seorang grand tutor yang diperintahkan untuk mengajar tuan puteri. apabila bertemu dengan Ming Wei, Mung Ti Zhao percaya yang dia perlu melindung tuan puteri yakni Ming Wei.

ahli keluarga dan Xiao Zhao memberitahu hal sebenar tapi Mung Ti Zhou tak percaya dengan mereka semua sebab dah hanyut sangat dengan watak Mu Yun. jadi Xiao Zhao meminta pertolongan Ming Wei untuk mengikut sahaja kata Mung Ti Zhao tapi dalam masa yg sama cuba menyedarkan lelaki itu antara dunia realiti dan rekaan sebab Mung Ti Zhou sekarang cuma percaya Ming Wei seorang sahaja.


walaupun waktu awal baca sinopsis drama Be My Princess rasa macam klise tapi sebenarnya agak menarik juga bila hero amnesia terus jadi watak lain. benda bagus pasal Mung Ti Zhou adalah dia seorang seorang pelakon yang sangat berdedikasi dan work really hard untuk faham dan selam ke dalam watak lakonannya. tapi gaya kerja macam ni sebenarnya tak berapa sihat bila dah habis shoot pun masih larut dalam dunia tersebut.

tak pasal bila amnesia, dia mesti percaya tengah time travel ke masa depan habis semua orang yang cuba jelaskan perkara sebenar dikatakan ada konspirasi untuk mencederakan tuan puterinya.

yang kesian dengan Ming Wei la terpaksa layan je perangai Mung Ti Zhou yang lupa ingatan padahal dia tengah busy prepare untuk next dramanya.


Be My Princess sebuah drama modern tapi suka tengok scene diorang shoot drama historical sebab costume dan set drama nampak cantik sangat.

sebenarnya dari first time Mung Ti Zhou bertemu Ming Wei boleh nampak dia tertarik dengan Ming Wei tapi itulah ego sangat. bila amnesia dan selalu meluangkan masa dengan Ming Wei, dia dapat meluahkan perasaanya kepada Ming Wei. tapi adakah Mung Ti Zhou akan terus mencintai Ming Wei apabila ingatannya sudah pulih?


Nak tahu kesudahannya boleh menonton drama Be My Princess lakonan Jeremy Tsui, Zhou Jie Qiong, dan Hu Yun Hao.

Post a Comment

0 Comments