Sinopsis Drama Villa Kristal di WeTV


Drama : Villa Kristal
Produksi : Revolution Media Films
Pengarah : Khabis Bhatia, Jason Chong
Penulis Skrip : Honey Ahmad, Siti Jasmina Ibrahim, Hadi, Hadi M.Nor, Maizura Ederis
Siaran : WeTV
Mula Tayangan : 4 Mac 2022
Masa : Khamis-Jumaat | 8.00 Malam
Episod : 12
Durasi : 40 minit
Pelakon : Mimi Lana, Jasmine Suraya, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Maria Farida, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Daniella Sya, Sherry Ibrahim, Aisar Khaled, Daler Yusuf

Villa Kristal sebuah drama komedi  yang ditayangkan di platform penstriman online WeTV mengisahkan Hani (Mimi Lana), seorang novelis yang menyamar sebagai menantu ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga isteri kedua dan perempuan simpanan yang mendiami Villa Kristal sebagai bahan rujukan untuk novel terbarunya.

Sasaran Hani adalah Rose (Mawar Rashid), seorang pelakon terkenal yang kini menjadi artis sendu media sosial setelah menjadi isteri kedua Ustaz (Nazrief Nazri), program realiti tv terkenal.

Dalam membongkar segala skandal, drama dan masalah rumah tangga Rose, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan Idris seorang usahawan hartanah, yang kini telah mengubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

Saksikan kesemuanya dalam drama Villa Kristal secara percuma setiap hari khamis dan jumaat jam 8 malam, ekslusif di aplikasi dan laman rasmi WeTV. Istimewanya kepada pengguna WeTV VIP pula akan dapat menonton dua episod lebih awal dari pengguna biasa.

Post a Comment

1 Comments

  1. Pelakon pelakon hebat dalam drama ni. Menarik jalan ceritanya tapi ada kontroversi sikit kan.

    ReplyDelete